0

Antara Dua....

Posted by ilham_syifa' on 9:52 AM
Biar aku terus melangkah.. Biar pun harus merangkak.. Asal jangan berdiam diri tidak berbuat apa-apa...

Bila mana saya beralih arah, kembali menunjukkan di mana minat diri, terlalu banyak yang menghulur kata. Memberi respons ada yang positif tidak kurang yang negatif. Atas nama manusia yang punya seribu satu kelemahan diri dan pesan abah, jangan rasa riak atas lebihnya diri, saya terima segala komen kalian dengan hati yang terbuka.

Andai ditanya, atas sebab apa saya mengambil kisah apa yang dikatakan, tenang sahaja saya menjawab saya berkarya bukan untuk diri sendiri sahaja meski banyak nasihat untuk diri yang masih bertatih dalam dunia yang penuh mencabar ini. Tatkala bergelar penulis, pasti dan sudah pasti punya harapan andai yang dinukilkan itu menusuk ke sanubari pembaca malah lebih besar pengharapan saya apabila karya saya dihasilkan atas dasar ingin membawa hati menuju ketuhanan, agar sedar diri selamanya bergelar hamba.

Sekadar mengimbas di saat saya mula berjinak-jinak dengan dunia blogging, saya memulakan langkah dengan saraf bahasa yang agak puitis, malah lebih puitis dari post di blog ini. Atas desakan pembaca yang agak kurang memahami apa yang cuba saya sampaikan, saya kembali menulis dengan penuh santai meski masih punya lenggok bahasa yang tidak mampu dipadam.

Tika itu, blog saya bertukar wajah! Bahasa agak relaks, agak santai dan ringan bagi pembaca. Namun, blog saya betukar wajah lagi kini. kembali ke saraf bahasa yang agak tinggi bagi bukan pencinta bahasa. Maka, banyak pula yang berkata, agak berat untuk membaca post saya kini. Perlu baca berulang kali untuk memahami apa yang cuba diperkatakan.

Saya memang suka bermain kata, sesuka hati menukil bicara walau sedar diri tidak sehebat mana andai dibezakan dengan pendita Za'ba, Faisal Tehrani dan sebagainya.

Ada pula yang meminati gaya bahasa dan alunan rentak ayat-ayat saya. Penjiwaan halus untuk meresap masuk ke hati pembaca untuk menggambarkan apa yang berlegar di minda saya.

Kekeliruan terserlah! Saya tidak pasti mahu terus menerus berkarya dengan saraf bahasa yang tinggi mahupun santai seperti sebelum ini. Yang pasti, saya tidak mahu berhenti berkarya!

Makanya, saya akan cuba mencampuradukkan antara entry yang santai dan jua entry yang menuntut pemikiran yang halus untuk menjiwainya agar seimbang. Noktah!

p/s : Sabar menanti post saya yang mendatang.. masih dalam proses meng'edit'..

ilham dari hamba yang masih bertatih di bumi Ilahi..
-Ilham Syifa'-

0

Palestine...

Posted by ilham_syifa' on 12:28 AM
HARI AL-QUDS SEDUNIA...

In rememberance of the day when Masjidil Aqsa was burnt by an evil Zionist on
21st August 1969!

Genap 41 tahun mereka melebihi had kemanusiaan, menyalahi peradaban dunia, dan melanggar segala aturan di muka bumi. Melampui batas atas nama manusia kepada manusia yang lainnya. Lagak mereka dunia ini hak mereka, dengan sesuka hati tiada pemikiran yang logik akal memperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat Palestine yang turut bergelar manusia.

Entah bilakan bertemu ketenangan.. Entah bila saudara di Palestine bisa mengenal erti keamanan. Menanti dan terus menanti.. Berharap dan terus berharap...

Islam itu pasti menang.. Tetapi kemenangan yang menuntut syarat! Syarat yang tinggi nilainya. Tidak bisa dilakukan orang persendirian melainkan kesatuan dengan yang lain selagi bergelar MUSLIM... Apakah kita akan menanti dan terus menanti hadirnya Salahuddin Al-Ayubi yang kedua? Sultan Muhammad Al-Fateh versi moden?

Islam itu bukan sekadar atas nama.. Tetapi apa yang sanggup kita korbankan demi Islam. Apa yang sanggup kita lakukan demi Islam..

Akhirulkalam,
Adakah kita benar-benar ISLAM, atau sekadar Islam yang TERSELAM?

Wallahu'alam bissawab..

p/s : Biar entry pendek dan ringkas, tetapi berinformasi... (Exam dah start esok!)

2

Pena diangkat, Tinta dijulang..

Posted by ilham_syifa' on 11:26 PM
Tatkala mula melangkah.... Pena diangkat, tinta dijulang...

Orang sering berkata, mengarang biar ia tulus dari hati, menerkam ke jiwa pembaca. Karangan pujangga itu mengalir dari urat-urat sendi penulis terpancar ke sendi si pembaca. Gaya bahasa dan nilai tingginya darjat bahasa itu dijulang dengan tingginya ilmu yang cuba disampaikan. Itu kata guru pidato saya di zaman aktif dalam gelanggang pidato tatkala minda menembus awan biru mencari idea dalam berkarya dan mengarang...
"Biar bercakap dengan ilmu." Puan Ida menambah! Memori itu kembali menjadi gambaran di minda...

(apakah saya sedang melempar rindu untuk berhujah, untuk melontar idea dan untuk kembali mengarang? biar tidak sehebat mana, tetapi cukup andai karya itu bisa sahaja memegang hati dan aqal pembaca hingga turut sama melontarkan minda dengan bahan yang dibaca. Andai sahaja saya bisa menjadi orang sebegitu..)

Saya yang masih dangkal dalam ilmu penulisan ini ingin menambah..

Karya itu bisa sahaja menyentuh hati si pembaca andai ilham itu tulus dari kalbu mengalir terus melalui saraf, lantas minda menafsir terus pena menjadi saksi tinta dinukilkan. Atas dasar itu saya mengangkat tema blog baru ini "ILHAM PENA" meski saya sedar ilham bukan hadirnya dengan pena, tetapi pena itu yang mengiringi ilham... Tatkala ilham berlegar-legar di minda, andai tidak dinukilkan tinta bersama pena, ia akan berarak pergi hilang luput dimamah zaman bila tinta tidak menjadi saksi.

Sudah sekian lama minda ini tidak dihalusi dengan bacaan yang mampu merobek jiwa, menukil indahnya bahasa, sedang saya sedar "Budaya Membaca Wardah Wacana Berilmu". Itu tajuk yang diangkat ketika pertandingan forum remaja dahulu kala. Hebat bermadah, menggulung bicara dan tegas menegakkan hujah satu ketika dulu tentang isu ini, namun entah kenapa tidak dipraktiskan dalam diri. Beralasan bahawa medic sibuk, namun khilaf diri yang tidak bijak mengurus masa itu lebih parah di jiwa.

Maka, banyaknya azam dalam diri saat bertemu cuti yang akan mendatang. Minda dan aqal begitu dahagakan nilaian ilmu, biar bebas seketika dengan ilmu perubatan semata.

Teristimewa buat pembaca di luar sana,
moga karya saya kali ini mampu mengalir dalam saraf kalian hingga mampu mentafsir di minda dengan hasil tulisan saya. Andai ingin menyanggah maka indahnya bahasa dan tingginya adab cuba diiringkan oleh saya harapnya begitu juga dengan anda yang ingin melontar idea, berhujah apa tidak kena...

Mahu sahaja diri ini mengarang segala yang bersawang di minda, namun masa itu tetap membatasi segalanya.

Sudah cukup diri tenggelam dalam arus dunia perubatan, keyakinan diri dihanyutkan mengiringi ombak lautan cukup menggetar jiwa dalam menggapai impian sebagai doktor. Entah, sudah lama dibelenggu dengan inferior dalam diri. Keyakinan diri yang tenggelam timbul. Biar ini menjadi pemula langkah untuk "aku menjadi aku" kembali....

Bak kata dura, "Effa, please be the old you! Just be! because we need the old u".. Thank you my dear! Biar satu dunia tahu, awaklah antara sahabat yang mengerti minat diri ini. Yang tahu di mana letak lebihnya diri ini. Yang menerima khilafnya diri ini seadanya.Yang sedar jiwa dirakus dengan nilai "inferior" semenjak berada di sini. Hilang sebentar insan bernama 'effa' yang dikenalimu sekian lama... Kami berbeza, tetapi saling memahami..

"Sungguh, mata pena itu jauh lebih tajam dari sebilah pedang."

Akhirulkalam, selamat berkarya buat diri! selamat membaca buat pembaca.

Nukilan,
[Ilham Syifa']

p/s : dura menambah, "effa, jangan puitis2 sangat..jiwang.. geli nak baca" haha.. tergelak bersendirian mendengar komen cik dodo.

2

Ramadhan oh Ramadhan...

Posted by ilham_syifa' on 7:15 AM

Biarkan ia sudah suku perjalanan. Sudah pun hampir seminggu membuka tirainya!

Kesempatan baru sahaja menjengah tiba untuk berbicara tentangnya.

Ramadhan!

Hadirnya ia ditunggu buat yang memiliki hati untuk Ilahi.

Mengutip kembali sisa cinta yang berbaki agar diserah kepada yang esa. Mengembara mencari erti hamba dalam diri, untuk memperhambakan diri selayaknya buat si Dia yang agung.

Hadirnya pula tanpa diundang buat nakhoda yang sudah jauh belayar dari tujuan asalnya.

Terasa terseksa terpaksa berlapar dan berdahaga. Tidak memahami kedatangan yang harusnya dinanti buat insan bergelar HAMBA. Tidak sabar menanti syawal mengunjung tiba agar melepasi sebulan terseksa menahan nafsu bergelora.

Ada pula yang menanti agar bahtera yang sudah jauh tersasar kembali kepada destinasinya.

Buat bahteranya yang sudah diambung ombak, tersesat pula di tengah lautan dan terumbang ambing di pulau terpencil, kemudian tersedar bahawa bahtera itu tersilap belayar, maka diusahakan mencari kembali kompas agar ia berlabuh pada tempatnya. Maka, Ramadhan lah menjadi titik pemula untuk belayar kembali dengan peta yang tersedia lengkap. Jiwa juga sudah kental menahan ombak yang melanda.

Entah, tidak pasti diri ini tergolong dalam kelompok yang mana.. Biarlah Allah yang menghakimi diri ini selayaknya.

Itu perihalnya bagi manusia. Sudah sedia maklum iman itu beralun rentaknya. Andai ditafsir oleh pemuzik, mungkin bisa menjadi nota muzik buat mereka. Andai ditafsir pula oleh pakar matematik, graf sin kos itulah hasilnya.

Maka, Hadirlah Ramadhan untuk kembali memperbetulkan alunan yang mencanak naik turunnya. Menyedarkan khilaf diri dan membuka celik mata hati agar sedar diri hanyalah kerdil di bumi Ilahi ini.

Ramadhan, itulah institusi tarbiyah!

Mengajar erti SABAR. Mengenalkan erti TABAH. Mempamerkan apa erti HAMBA.

Menapakkan cinta Ilahi kembali di hati di saat rakusnya iman mengejar duniawi semata. Terlupa untuk meletakkan dunia di telapak kaki agar dipijak, bukan letak di tangan mahupun di hati untuk dijunjung dan dipuja.

Allahu Rabbi, sesungguhnya RamadhanMu ini, hadiah istimewa buat hambaMu. Engkau memberi ruang untuk kami kembali menghadap pintu syurgaMu. Memberi peluang untuk kami kembali mendekati taman firdausi Mu.

Maka, hinalah kami andai tidak terlihat kasih sayangMu buat kami.

Hadirnya Ramadhan, jemaah memenuhi masjid apatah lagi di awalnya..

Segala perlakuan diri dijaga, diulang-ulang pula “Eh, bulan puasa tak boleh buat macam ni dan macam tu”

Mudah sungguh untuk berjaga malam, Qiamualail itu menjadi peneman setia.

Entah di mana silapnya, ramai antara kita hanyalah menjadi HAMBA RAMADHANI.

Amalan itu hilang di saat berlalunya ia. Seolah-olah, memperhambakan diri untuk RAMADHAN semata. Seolah-olah Ramadhan itu sebagai ADAT bukan ALAT untuk mempertingkatkan amalan dan jua iman.

Menjunjung tinggi Ramadhan sebagai ADAT. Maka, berlalulah rasa iman itu di saat berlalunya Ramadhan.

Semoga masjid diamarahkan bukan hanya pada bulan Ramadhan.

Sedangkan hadirnya ia untuk membentuk diri menjadi HAMBA RABBANI. Agar menjadi insan Rabbani.

Ramadhan oh Ramadhan, jadilah penggerak sebagai pemula penghijrahanku.

Entah, aku tidak pasti bisa bertemu mu hingga kau melabuhkan tiraimu.

Entah, aku kurang yakin, aku bisa menemui lagi di musim akan datang.

Semoga kau Ramadhan terbaik buatku. Seluruh jiwa dan raga kuserahkan buatMu Ilahi. Semoga malaikat syurga sabar menanti hadirnya diri ini di sana. InsyaAllah....

Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Kembali dengan mode study!

*Akhirulkalam, sama-sama berzikir *

~Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil'azim~

Hands down! [Ilham Syifa']

0

Fitnah Di Sebalik Lensa

Posted by ilham_syifa' on 6:15 AM

ftest5

“Siti (bukan nama sebenar), jom ambil gambar bersama”

“Erm.. berdua je?”

“ye la, masa ni je la boleh gambar bersama. kalau tak ada majlis macam ni, susah dah”

“eh, tak mengapalah..tak manis rasanya”

Terimbau kenangan lama…Dialog yang bermain-main di minda!

Tika itu, kami menghadiri ‘Annual Dinner‘…

Dialog ini hanya sekadar pembuka bicara untuk menghurai pendapat peribadi saya serta pengamatan saya mengenai hal ini.

Sungguh saya tidak mengerti! Tidak faham dan berusaha sehabisnya mencari sebab dan punca… Seseorang itu dilihat sehabis baik menjaga pergaulannya, dan jarang pula dilihat bersentuhan dengan ajnabi. Jika tidak pun, dilihat sebagai baik akhlaknya.

Namun, segalanya berubah! Berubah di sebalik lensa! Boleh pula bergambar berdua-duaan dengan wanita ataupun lelaki. Malah bersentuhan bahu pula (Alhamdulillah, tidak bersentuhan kulit).

Lupa akan fitnah yang mungkin timbul hanya dengan sekeping gambar. Saya masih ingat post Ustaz Hasrizal mengenai isu ini.

“Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.
(ayat dari ustaz Hasrizal, saifulislam.com)

Malah, ia lebih ketara di mata saya kini terutamanya setelah beberapa majlis dianjurkan di Manipal. Terkejut dan beristighfar sebentar melihat gambar di’post’ di facebook.

Beberapa lelaki yang pemalu di mata saya, hilang malunya apabila berhadapan dengan lensa! Obses dengan kamera. Sakan bergambar malah bertukar-tukar pasangan pula.

coffee-mug-camera-lens

Ada pula yang kononnya malu dengan wanita muslim, boleh pula bergambar dengan wanita bukan Islam. Kononnya, masih menjaga batas-batas pergaulan. Isu ini jua semakin dilupakan oleh kita.

Apabila berhadapan dengan wanita/lelaki muslim, Alhamdulillah semuanya terjaga.

Namun, boleh bergurau senda dengan lelaki/wanita bukan Islam, seolah-olah lupa, batas pergaulan itu bukan hanya menghadkan antara sesama Islam, tetapi sesama lelaki dan perempuan. Sedangkan imej Islam itu harus dijaga sebaiknya di mata mereka.

Lantas, fikiran mencari punca! Saya tidak menemui jawapannya. Mungkin jawapan itu hanya pada diri kita sendiri.. Na’uzubillah min zalik, jauhkan ku ya Allah..

Khas buat wanita muslim, Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram kita. Begitu juga buatmu RIJAL, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan kalian.

Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita.

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

Teringat memori yang masih segar bagi penulis, saya diajak bergambar dengan lelaki yang merupakan bekas sekolej saya. Dengan sekerasnya saya cuba mengelak. Akhirnya, beliau mencadangkan ambil gambar berempat. (dua lagi sahabat2 saya jua). Tika itu, saya tewas.. Dan rasa menyesalnya masih terkesan hingga kini.. Ampunkan ku ya Allah… Sungguh, nasihat ini juga peringatan buat diri saya yang mungkin kadang-kadang lupa.

0

Don't simply judge...

Posted by ilham_syifa' on 5:55 AM
Seorang lelaki bersama anaknya menaiki kereta api..

Seketika anak itu kelihatan begitu teruja pabila kakinya melangkah menaiki kereta api..Di tepuk-tepuknya tempat duduk yang ditempatkan.gembira.

Ayahnya memandang dari luar dengan senyuman penuh kemesraan..

Kereta api itu mula bergerak sedikit-demi sedikit..

‘ayah!! Tgk kereta api ni dah bergerak lah.. ayah.. seronoknya..’

‘Ayah..awan ni bergerak dengan kereta api ni la yah!’

Ayah itu menggariskan senyuman sambil menganggukkan kepala..

Situasi itu menarik perhatian seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ‘ayah’ itu tadi, dipandangnya ‘ayah’ itu dengan penuh kehairanan..

Pabila gerabak kereta api yang dinaiki anak itu melepasi bumbung , hujan gerimis yang mulai turun menarik perhatian si anak.lalu sekali lagi dijeritnya..

‘ayah!! Ini hujan.. hujan ni ayah’ laung si anak sambil mengeluarkan tangan untuk merasai titisan dingin air hujan itu.mukanya tergambar penuh kegembiraan.

Si ayah itu mengangguk-angguk lagi sambil mengusap anaknya..

Keadaan itu sekali lagi menarik perhatian lelaki tadi. Kali ini lelaki itu memandang dengan penuh jengkel. bicaranya pada si ayah..

‘erm, itu anak awak ye? Dah berapa dah umur dia ha?’

‘ye anak saya.. kenapa encik? Umurnya 21tahun..’

‘saye rasa kamu patut hantar dia ke hospital.. check2 sikit mane yang patut’

‘oh..memang kami dari hospital sebenarnya’

‘patutlah..sakit dia memang macam tu dari kecil? perlu selalu diawasi tu, tak perlulah di bawa ke tempat awam sebegini..’ - dengan nada sinis

‘kami baru balik dari hospital, anak saya baru pulih setelah pembedahan pemindahan mata. hari ini adalah hari pertama baginya melihat dunia sejak dari kecil..’

*******************************************************************************

Kita.. Sering kali terlepas pandang. Mudah sekali membuat spekulasi. Dengan mudah melontarkan andaian, tanpa unsur periksa, tanpa cuba memahami apa yang dialami oleh seseorang itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin, yang DIAM itu sedang berzikir

Mungkin yang MASAM itu sedang merenung dosa

Mungkin yang sedih itu sedang bertafakur....

Jangan mudah berprasangka.. bersangka baiklah sentiasa.. Husnuzon itu perlu!

-Firman Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

Aplikasi dalam kehidupan seharian :

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT.
Apabila kegagalan mendatangi kita, anggaplah ia dugaan untuk mentarbiyahkan diri kita.
Jangan pernah menyangkal kasih sayang Allah yang tidak terhingga pada kita.

Apabila kejayaan digenggami kita, jangan pernah rasa hebat dalam diri.
Sungguh, ia hanya dari Allah. Malah hanya dengan izin Allah..

Apabila Allah tidak memakbulkan doa, begitu lantas melemparkan kata-kata tidak adil pada Allah. Refleksi diri dulu, cukupkah usaha kita? Cekal kah kita menjauhi perkara lagha?
Sungguh-sungguh kah doa kita?

Andai semua sudah sempurna buat diri kita, Allah menguji kita. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

1

Jalanku Pulang...

Posted by ilham_syifa' on 5:46 AM
"Barang siapa dikhendaki Allah mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barangsiapa yang dikhendaki-Nya menjadi sesat, dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia mendaki ke langit"
Surah Al-An'am (ayat 125)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, dan Alhamdulillah. Syukur ya Allah kerana kurniakan kepada kita keinginan untuk kembali pada Islam yang benar-benar Islam, untuk kita memahami ajaran Islam sebenarnya, dan untuk menghayati setiap syariat di dalam agama ini agar memahami asbab mengapa syariat itu diperintahkan oleh Allah kepada kita.

Ada dua laluan yang harus dipilih di depan mata. jalan mengejar dunia semata atau mencari syurga Allah. Pandulah 'aqalmu untuk memilih dua jalan ini...

Andai kesedaran itu hadir, maka bergeraklah..
Terus mencari dan mencari walau lelah, walau payah dan walau sukar.
Yang penting, jangan pernah berputus harap pada Allah.

jangan berputus asa untuk mencari kerana tidak menemui butir permata itu.
Teruskan berdoa agar Allah kurniakan hidayah dan petunjuk itu, agar Allah suluhi hati-hati kita untuk meletakkan Allah dengan adilnya dalam hidup ini.

Ya, ianya sukar dalam melalui onak-onak duri dan ranjau landasan juang ini. Lihat sahaja pengorbanan Rasulullah, yang tidak tertanggung untuk kita menanggungnya. Andai lemah, jadikan Baginda contoh tauladan.

"Mulia dan sucinya cinta Rasulullah,
tetap tersenyum apabila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti.
Tetapi kenapa kita mudah membenci apabila dikasari,
mudah berputus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang tidak memahami.
Hiasilah peribadi kerana QUDWAH kita adalah NABI.."

Jangan sehingga jatuh tersungkur, terlemas dalam hanyutan dunia, dan kembali pada jalan asal kita. Moga-moga Allah tidak menarik rasa kesedaran ini, menghilangkan semangat kita untuk mencari cinta Allah itu. Na'uzubillah..

"Ya Allah, andai hari ini, kau gerakkan hatiku untuk aku benar-benar meletakkan diriMu sebagai hak yang tertinggi dalam hidupku, jangan pula kau tarik rasa dan kesedaran ini. Tetapkanlah aku di jalan ini supaya aku tidak bosan mengembara mencari dan mengutip mahar untuk ke syurgaMu. Amin..."

Andai jalan yang dipilih itu berdasarkan keindahan dunia,
ya pemandangannya indah!
Menarik hati, mata serta kaki untuk melangkah hingga bakal meleka dan melalaikan kita.

Akan tetapi andai jalan yang dipilih itu menuju akhirat dan untuk mencapai syurga,
ya pemandangannya menggerunkan dan menakutkan kita untuk mendekatinya. Kilat, guruh dan duri-duri dalam jalan ini menemani..

Tetapi, usahlah gusar andai yakin Allah berada di setiap langkah kita. Allah sentiasa menemani. Ia sukar, kadang-kadang menuntut kesabaran dan air mata, tetapi insyaAllah penghujungnya manis.

Tiada kebahagiaan hakiki selain syurga.
Syurga Allah itu mahal, maka mahallah mahar untuk ke sana.

Buat sahabat yang sudah terasa lambat untuk berhijrah dan berubah,
jangan khuatir, jangan risau...
Tiada istilah lambat di sini...

Allah itu maha Pengampun, andai kita benar-benar sesali dan bertaubat dengan cara hidup lama kita.

Kita hanya perlu bergerak untuk merealisasikan misi HIJRAH tersebut. InsyaAllah, yang lainnya Allah akan bantu permudahkan.

Akan tetapi, istilah lambat itu hadir apabila kita sudah mengetahuinya, tetapi tiada daya atau usaha untuk mencetus MAHU untuk berubah.. Itu lah hadirnya istilah lambat...

Maka, kepada sahabat yang nak berhijrah, mulakan visi itu serta merta. Satu persatu laksanakan tetapi biarlah istiqamah daripada drastik dan kembali pada asalnya.

p/s : saya sendiri perlu berhijrah. Maka saya perlu bergerak ke arahnya!

Tuesday, August 31, 2010

Sunday, August 22, 2010

Palestine...

HARI AL-QUDS SEDUNIA...

In rememberance of the day when Masjidil Aqsa was burnt by an evil Zionist on
21st August 1969!

Genap 41 tahun mereka melebihi had kemanusiaan, menyalahi peradaban dunia, dan melanggar segala aturan di muka bumi. Melampui batas atas nama manusia kepada manusia yang lainnya. Lagak mereka dunia ini hak mereka, dengan sesuka hati tiada pemikiran yang logik akal memperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat Palestine yang turut bergelar manusia.

Entah bilakan bertemu ketenangan.. Entah bila saudara di Palestine bisa mengenal erti keamanan. Menanti dan terus menanti.. Berharap dan terus berharap...

Islam itu pasti menang.. Tetapi kemenangan yang menuntut syarat! Syarat yang tinggi nilainya. Tidak bisa dilakukan orang persendirian melainkan kesatuan dengan yang lain selagi bergelar MUSLIM... Apakah kita akan menanti dan terus menanti hadirnya Salahuddin Al-Ayubi yang kedua? Sultan Muhammad Al-Fateh versi moden?

Islam itu bukan sekadar atas nama.. Tetapi apa yang sanggup kita korbankan demi Islam. Apa yang sanggup kita lakukan demi Islam..

Akhirulkalam,
Adakah kita benar-benar ISLAM, atau sekadar Islam yang TERSELAM?

Wallahu'alam bissawab..

p/s : Biar entry pendek dan ringkas, tetapi berinformasi... (Exam dah start esok!)

Wednesday, August 18, 2010

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates