Jalanku Pulang...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, dan Alhamdulillah. Syukur ya Allah kerana kurniakan kepada kita keinginan untuk kembali pada Islam yang benar-benar Islam, untuk kita memahami ajaran Islam sebenarnya, dan untuk menghayati setiap syariat di dalam agama ini agar memahami asbab mengapa syariat itu diperintahkan oleh Allah kepada kita.

Andai kesedaran itu hadir, maka bergeraklah..
Terus mencari dan mencari walau lelah, walau payah dan walau sukar.
Yang penting, jangan pernah berputus harap pada Allah.
jangan berputus asa untuk mencari kerana tidak menemui butir permata itu.
Teruskan berdoa agar Allah kurniakan hidayah dan petunjuk itu, agar Allah suluhi hati-hati kita untuk meletakkan Allah dengan adilnya dalam hidup ini.
Ya, ianya sukar dalam melalui onak-onak duri dan ranjau landasan juang ini. Lihat sahaja pengorbanan Rasulullah, yang tidak tertanggung untuk kita menanggungnya. Andai lemah, jadikan Baginda contoh tauladan.
tetap tersenyum apabila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti.
Tetapi kenapa kita mudah membenci apabila dikasari,
mudah berputus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang tidak memahami.
Hiasilah peribadi kerana QUDWAH kita adalah NABI.."
Jangan sehingga jatuh tersungkur, terlemas dalam hanyutan dunia, dan kembali pada jalan asal kita. Moga-moga Allah tidak menarik rasa kesedaran ini, menghilangkan semangat kita untuk mencari cinta Allah itu. Na'uzubillah..
"Ya Allah, andai hari ini, kau gerakkan hatiku untuk aku benar-benar meletakkan diriMu sebagai hak yang tertinggi dalam hidupku, jangan pula kau tarik rasa dan kesedaran ini. Tetapkanlah aku di jalan ini supaya aku tidak bosan mengembara mencari dan mengutip mahar untuk ke syurgaMu. Amin..."

ya pemandangannya indah!
Menarik hati, mata serta kaki untuk melangkah hingga bakal meleka dan melalaikan kita.
Akan tetapi andai jalan yang dipilih itu menuju akhirat dan untuk mencapai syurga,
ya pemandangannya menggerunkan dan menakutkan kita untuk mendekatinya. Kilat, guruh dan duri-duri dalam jalan ini menemani..
Tetapi, usahlah gusar andai yakin Allah berada di setiap langkah kita. Allah sentiasa menemani. Ia sukar, kadang-kadang menuntut kesabaran dan air mata, tetapi insyaAllah penghujungnya manis.
Tiada kebahagiaan hakiki selain syurga.
Syurga Allah itu mahal, maka mahallah mahar untuk ke sana.
Buat sahabat yang sudah terasa lambat untuk berhijrah dan berubah,
jangan khuatir, jangan risau...
Tiada istilah lambat di sini...
Allah itu maha Pengampun, andai kita benar-benar sesali dan bertaubat dengan cara hidup lama kita.
Kita hanya perlu bergerak untuk merealisasikan misi HIJRAH tersebut. InsyaAllah, yang lainnya Allah akan bantu permudahkan.
Akan tetapi, istilah lambat itu hadir apabila kita sudah mengetahuinya, tetapi tiada daya atau usaha untuk mencetus MAHU untuk berubah.. Itu lah hadirnya istilah lambat...
Maka, kepada sahabat yang nak berhijrah, mulakan visi itu serta merta. Satu persatu laksanakan tetapi biarlah istiqamah daripada drastik dan kembali pada asalnya.
p/s : saya sendiri perlu berhijrah. Maka saya perlu bergerak ke arahnya!