2

Pena diangkat, Tinta dijulang..

Posted by ilham_syifa' on 11:26 PM
Tatkala mula melangkah.... Pena diangkat, tinta dijulang...

Orang sering berkata, mengarang biar ia tulus dari hati, menerkam ke jiwa pembaca. Karangan pujangga itu mengalir dari urat-urat sendi penulis terpancar ke sendi si pembaca. Gaya bahasa dan nilai tingginya darjat bahasa itu dijulang dengan tingginya ilmu yang cuba disampaikan. Itu kata guru pidato saya di zaman aktif dalam gelanggang pidato tatkala minda menembus awan biru mencari idea dalam berkarya dan mengarang...
"Biar bercakap dengan ilmu." Puan Ida menambah! Memori itu kembali menjadi gambaran di minda...

(apakah saya sedang melempar rindu untuk berhujah, untuk melontar idea dan untuk kembali mengarang? biar tidak sehebat mana, tetapi cukup andai karya itu bisa sahaja memegang hati dan aqal pembaca hingga turut sama melontarkan minda dengan bahan yang dibaca. Andai sahaja saya bisa menjadi orang sebegitu..)

Saya yang masih dangkal dalam ilmu penulisan ini ingin menambah..

Karya itu bisa sahaja menyentuh hati si pembaca andai ilham itu tulus dari kalbu mengalir terus melalui saraf, lantas minda menafsir terus pena menjadi saksi tinta dinukilkan. Atas dasar itu saya mengangkat tema blog baru ini "ILHAM PENA" meski saya sedar ilham bukan hadirnya dengan pena, tetapi pena itu yang mengiringi ilham... Tatkala ilham berlegar-legar di minda, andai tidak dinukilkan tinta bersama pena, ia akan berarak pergi hilang luput dimamah zaman bila tinta tidak menjadi saksi.

Sudah sekian lama minda ini tidak dihalusi dengan bacaan yang mampu merobek jiwa, menukil indahnya bahasa, sedang saya sedar "Budaya Membaca Wardah Wacana Berilmu". Itu tajuk yang diangkat ketika pertandingan forum remaja dahulu kala. Hebat bermadah, menggulung bicara dan tegas menegakkan hujah satu ketika dulu tentang isu ini, namun entah kenapa tidak dipraktiskan dalam diri. Beralasan bahawa medic sibuk, namun khilaf diri yang tidak bijak mengurus masa itu lebih parah di jiwa.

Maka, banyaknya azam dalam diri saat bertemu cuti yang akan mendatang. Minda dan aqal begitu dahagakan nilaian ilmu, biar bebas seketika dengan ilmu perubatan semata.

Teristimewa buat pembaca di luar sana,
moga karya saya kali ini mampu mengalir dalam saraf kalian hingga mampu mentafsir di minda dengan hasil tulisan saya. Andai ingin menyanggah maka indahnya bahasa dan tingginya adab cuba diiringkan oleh saya harapnya begitu juga dengan anda yang ingin melontar idea, berhujah apa tidak kena...

Mahu sahaja diri ini mengarang segala yang bersawang di minda, namun masa itu tetap membatasi segalanya.

Sudah cukup diri tenggelam dalam arus dunia perubatan, keyakinan diri dihanyutkan mengiringi ombak lautan cukup menggetar jiwa dalam menggapai impian sebagai doktor. Entah, sudah lama dibelenggu dengan inferior dalam diri. Keyakinan diri yang tenggelam timbul. Biar ini menjadi pemula langkah untuk "aku menjadi aku" kembali....

Bak kata dura, "Effa, please be the old you! Just be! because we need the old u".. Thank you my dear! Biar satu dunia tahu, awaklah antara sahabat yang mengerti minat diri ini. Yang tahu di mana letak lebihnya diri ini. Yang menerima khilafnya diri ini seadanya.Yang sedar jiwa dirakus dengan nilai "inferior" semenjak berada di sini. Hilang sebentar insan bernama 'effa' yang dikenalimu sekian lama... Kami berbeza, tetapi saling memahami..

"Sungguh, mata pena itu jauh lebih tajam dari sebilah pedang."

Akhirulkalam, selamat berkarya buat diri! selamat membaca buat pembaca.

Nukilan,
[Ilham Syifa']

p/s : dura menambah, "effa, jangan puitis2 sangat..jiwang.. geli nak baca" haha.. tergelak bersendirian mendengar komen cik dodo.

2 Comments

salam wbt

ukht, apa yg disampaikan dari hati akan iA ke hati juga ;)

ps: enti pnh share psal turning pint ngn ana, kn? bsenya, klu kte hilg di tgh jalan, cbe cr turning point awal2 kite balek..mmprjelaskn knape kite ade kt cnie..ade sorg ukht ingtkn kt ana, utk brubah 180, bukan hnye 1 turning point, tp turning points..but still, the first one, we should remember, coz we took the first plunge back then ^^ Allahualam

wsalam wbt ukhti~

Entah, suka pula ana bermain kata, mengulam indah bicara. Bicara sukma itu tulus dari hati agar tertusuk di kalbu pembaca juga seperti enti. Andai benar itu menjadi, Allahu Rabbi.. Hanya Allah yang mengizinkannya. Tidak lantas manusia bergelar hamba rasa riak atas lebihnya diri.

p/s : enti, ana masih ingat lagi apa yang kita bualkan. esp dalam dakwah ini. seronoknya apabila bersahabat dgn yang sefikrah, segala topik bualnya juga berkaitan "FIKRAH KITA".

Betul, setelah bertemu turning point, maka kena bergerak ke arahnya. Dan perlu tegar agar angle yang kita sudah buat perubahan tu, tidak berpatah balik. takut menjadi -ve. anyway, the reason how i become the way i am now, shouldn't be forgotten! Forever! it's one of my strength to move on once i felt down. or i lost in my old way back..

jazakillah ukhti!
(masih lagi bermain-main dengan bahasa) hehe..

ukhti, untuk enti jua! All da best dalam merencanakan apa yang enti ingin berhijrah..

Post a Comment

Wednesday, August 18, 2010

2 comments:

sarahnabila on August 19, 2010 at 3:12 AM said...

salam wbt

ukht, apa yg disampaikan dari hati akan iA ke hati juga ;)

ps: enti pnh share psal turning pint ngn ana, kn? bsenya, klu kte hilg di tgh jalan, cbe cr turning point awal2 kite balek..mmprjelaskn knape kite ade kt cnie..ade sorg ukht ingtkn kt ana, utk brubah 180, bukan hnye 1 turning point, tp turning points..but still, the first one, we should remember, coz we took the first plunge back then ^^ Allahualam

ilham_syifa' on August 19, 2010 at 4:02 AM said...

wsalam wbt ukhti~

Entah, suka pula ana bermain kata, mengulam indah bicara. Bicara sukma itu tulus dari hati agar tertusuk di kalbu pembaca juga seperti enti. Andai benar itu menjadi, Allahu Rabbi.. Hanya Allah yang mengizinkannya. Tidak lantas manusia bergelar hamba rasa riak atas lebihnya diri.

p/s : enti, ana masih ingat lagi apa yang kita bualkan. esp dalam dakwah ini. seronoknya apabila bersahabat dgn yang sefikrah, segala topik bualnya juga berkaitan "FIKRAH KITA".

Betul, setelah bertemu turning point, maka kena bergerak ke arahnya. Dan perlu tegar agar angle yang kita sudah buat perubahan tu, tidak berpatah balik. takut menjadi -ve. anyway, the reason how i become the way i am now, shouldn't be forgotten! Forever! it's one of my strength to move on once i felt down. or i lost in my old way back..

jazakillah ukhti!
(masih lagi bermain-main dengan bahasa) hehe..

ukhti, untuk enti jua! All da best dalam merencanakan apa yang enti ingin berhijrah..

Post a Comment

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates