0

Fitnah Di Sebalik Lensa

Posted by ilham_syifa' on 6:15 AM

ftest5

“Siti (bukan nama sebenar), jom ambil gambar bersama”

“Erm.. berdua je?”

“ye la, masa ni je la boleh gambar bersama. kalau tak ada majlis macam ni, susah dah”

“eh, tak mengapalah..tak manis rasanya”

Terimbau kenangan lama…Dialog yang bermain-main di minda!

Tika itu, kami menghadiri ‘Annual Dinner‘…

Dialog ini hanya sekadar pembuka bicara untuk menghurai pendapat peribadi saya serta pengamatan saya mengenai hal ini.

Sungguh saya tidak mengerti! Tidak faham dan berusaha sehabisnya mencari sebab dan punca… Seseorang itu dilihat sehabis baik menjaga pergaulannya, dan jarang pula dilihat bersentuhan dengan ajnabi. Jika tidak pun, dilihat sebagai baik akhlaknya.

Namun, segalanya berubah! Berubah di sebalik lensa! Boleh pula bergambar berdua-duaan dengan wanita ataupun lelaki. Malah bersentuhan bahu pula (Alhamdulillah, tidak bersentuhan kulit).

Lupa akan fitnah yang mungkin timbul hanya dengan sekeping gambar. Saya masih ingat post Ustaz Hasrizal mengenai isu ini.

“Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.
(ayat dari ustaz Hasrizal, saifulislam.com)

Malah, ia lebih ketara di mata saya kini terutamanya setelah beberapa majlis dianjurkan di Manipal. Terkejut dan beristighfar sebentar melihat gambar di’post’ di facebook.

Beberapa lelaki yang pemalu di mata saya, hilang malunya apabila berhadapan dengan lensa! Obses dengan kamera. Sakan bergambar malah bertukar-tukar pasangan pula.

coffee-mug-camera-lens

Ada pula yang kononnya malu dengan wanita muslim, boleh pula bergambar dengan wanita bukan Islam. Kononnya, masih menjaga batas-batas pergaulan. Isu ini jua semakin dilupakan oleh kita.

Apabila berhadapan dengan wanita/lelaki muslim, Alhamdulillah semuanya terjaga.

Namun, boleh bergurau senda dengan lelaki/wanita bukan Islam, seolah-olah lupa, batas pergaulan itu bukan hanya menghadkan antara sesama Islam, tetapi sesama lelaki dan perempuan. Sedangkan imej Islam itu harus dijaga sebaiknya di mata mereka.

Lantas, fikiran mencari punca! Saya tidak menemui jawapannya. Mungkin jawapan itu hanya pada diri kita sendiri.. Na’uzubillah min zalik, jauhkan ku ya Allah..

Khas buat wanita muslim, Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram kita. Begitu juga buatmu RIJAL, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan kalian.

Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita.

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

Teringat memori yang masih segar bagi penulis, saya diajak bergambar dengan lelaki yang merupakan bekas sekolej saya. Dengan sekerasnya saya cuba mengelak. Akhirnya, beliau mencadangkan ambil gambar berempat. (dua lagi sahabat2 saya jua). Tika itu, saya tewas.. Dan rasa menyesalnya masih terkesan hingga kini.. Ampunkan ku ya Allah… Sungguh, nasihat ini juga peringatan buat diri saya yang mungkin kadang-kadang lupa.

0 Comments

Post a Comment

Wednesday, August 18, 2010

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates