0

Muhasabah kehambaan

Posted by ilham_syifa' on 12:39 PM

tidak sampai 24 jam membuka tirainya!

Mencari kesempatan untuk berbicara tentangnya.

Ramadhan!

Hadirnya ia ditunggu buat yang memiliki hati untuk Ilahi.

Mengutip kembali sisa cinta yang berbaki agar diserah kepada yang esa. Mengembara mencari erti hamba dalam diri, untuk memperhambakan diri selayaknya buat si Dia yang agung.

Hadirnya pula tanpa diundang buat nakhoda yang sudah jauh belayar dari tujuan asalnya.

Terasa terseksa terpaksa berlapar dan berdahaga. Tidak memahami kedatangan yang harusnya dinanti buat insan bergelar HAMBA. Tidak sabar menanti syawal mengunjung tiba agar melepasi sebulan terseksa menahan nafsu bergelora.

Ada pula yang menanti agar bahtera yang sudah jauh tersasar kembali kepada destinasinya.

Buat bahteranya yang sudah diambung ombak, tersesat pula di tengah lautan dan terumbang ambing di pulau terpencil, kemudian tersedar bahawa bahtera itu tersilap belayar, maka diusahakan mencari kembali kompas agar ia berlabuh pada tempatnya. Maka, Ramadhan lah menjadi titik pemula untuk belayar kembali dengan peta yang tersedia lengkap. Jiwa juga sudah kental menahan ombak yang melanda.

Entah, tidak pasti diri ini tergolong dalam kelompok yang mana.. Biarlah Allah yang menghakimi diri ini selayaknya.

Itu perihalnya bagi manusia. Sudah sedia maklum iman itu beralun rentaknya. Andai ditafsir oleh pemuzik, mungkin bisa menjadi nota muzik buat mereka. Andai ditafsir pula oleh pakar matematik, graf sin kos itulah hasilnya.

Maka, Hadirlah Ramadhan untuk kembali memperbetulkan alunan yang mencanak naik turunnya. Menyedarkan khilaf diri dan membuka celik mata hati agar sedar diri hanyalah kerdil di bumi Ilahi ini.

Ramadhan, itulah institusi tarbiyah!

Mengajar erti SABAR. Mengenalkan erti TABAH. Mempamerkan apa erti HAMBA.

Menapakkan cinta Ilahi kembali di hati di saat rakusnya iman mengejar duniawi semata. Terlupa untuk meletakkan dunia di telapak kaki agar dipijak, bukan letak di tangan mahupun di hati untuk dijunjung dan dipuja.

Allahu Rabbi, sesungguhnya RamadhanMu ini, hadiah istimewa buat hambaMu. Engkau memberi ruang untuk kami kembali menghadap pintu syurgaMu. Memberi peluang untuk kami kembali mendekati taman firdausi Mu.

Maka, hinalah kami andai tidak terlihat kasih sayangMu buat kami.

Hadirnya Ramadhan, jemaah memenuhi masjid apatah lagi di awalnya..

Segala perlakuan diri dijaga, diulang-ulang pula “Eh, bulan puasa tak boleh buat macam ni dan macam tu”

Mudah sungguh untuk berjaga malam, Qiamualail itu menjadi peneman setia.

Entah di mana silapnya, ramai antara kita hanyalah menjadi HAMBA RAMADHANI.

Amalan itu hilang di saat berlalunya ia. Seolah-olah, memperhambakan diri untuk RAMADHAN semata. Seolah-olah Ramadhan itu sebagai ADAT bukan ALAT untuk mempertingkatkan amalan dan jua iman.

Menjunjung tinggi Ramadhan sebagai ADAT. Maka, berlalulah rasa iman itu di saat berlalunya Ramadhan.

Semoga masjid diamarahkan bukan hanya pada bulan Ramadhan.

Sedangkan hadirnya ia untuk membentuk diri menjadi HAMBA RABBANI. Agar menjadi insan Rabbani.

Ramadhan oh Ramadhan, jadilah penggerak sebagai pemula penghijrahanku.

Entah, aku tidak pasti bisa bertemu mu hingga kau melabuhkan tiraimu.

Entah, aku kurang yakin, aku bisa menemui lagi di musim akan datang.

Semoga kau Ramadhan terbaik buatku. Seluruh jiwa dan raga kuserahkan buatMu Ilahi. Semoga malaikat syurga sabar menanti hadirnya diri ini di sana. InsyaAllah....

Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Kembali dengan mode study!

*Akhirulkalam, sama-sama berzikir *

~Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil'azim~

[Ilham Syifa']

0

Meneroka....

Posted by ilham_syifa' on 1:44 PM

Firman2 Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia.

Santun bahasa Pali yang mengubah tripitaka bacaan setiap penganut Buddha.

Atau helai2 Veda yang dialunkan jadi lagu oleh pengamal Hindu.

Juga Baris Injil yang cekal dihayati oleh penganut ajaran Triniti.

Empat agama; Islam, Buddha, Hindu juga Kristian. kesemua membawa dokma yang sama; 'ILMU WAJIB DITEROKA'.

Ilmu, asas dalam pembinaan tamadun. Supaya manusia hidup dalam kesepaduan dalam kerangka politik, sosial dan beragama.

Namun, apakah nilai ilmu dalam kaca mata Islam, sama dengan agama2 lainnya? Tidak. Allah memandang orang yang meneroka ilmu, ibarat keluar berjihad. Percayalah, tinta para ulama lebih berat timbangannya daripada darah para syuhada'.

Ibnu Sina, lebih 40 kali mengkhatamkan buku metafizik karya Aristotle sebelum menjadi ahli falfasah dan perubatan yang hebat.

Maka, izinkan saya berhenti berkarya. demi prioriti dalam meneroka ilmu. Agar firman firman Tuhan menggetarkan hati serta jiwa hamba.

"Mari tekun study macam saya" - Mr Danbo

p/s : Ibnu Sina baca sampai 40 kali, kita baca tak sampai pun 10 kali, dah claim kita dah berusaha kan? Mula cakap, baca banyak kali pun tak ingat. Tepuk dada, tanya diri. "Adakah benar2 sudah berusaha?"

end. Microb next paper. :)

2

Dalam Jiwa penggerak.

Posted by ilham_syifa' on 11:28 AM

Bersama berpimpin tangan menuju syurgaNya. itu matlamat usrah- Group of Danbos

Usrah. Sinonim dengan sekadar memberi dan menerima. Namun, hakikatnya ia tidak pernah bernoktahkan di situ. Di sini bermula talian kasih sayang dijalinkan. Tersemat misi yang satu; mengejar cinta terus SyurgaNya.

'Spread the love' - Mr Danbo said.

Usrah, nadi penggerak institusi tarbiyah. Didikan demi didikan. Mendidik hati agar ditertibkan iman. Membelai jiwa menggapai roh ketuhanan. Malah, ia bukan Murabbi kepada mutarabbi sahaja. Tidak dinafikan, adik2 usrah saya sendiri banyak mengajar saya. Jauh mereka melangkah mencari sinar yang baru. Membentuk revolusi diri. Mengingatkan saya apa yang lupa. Bertanya lantas membuat saya tahu.

Hatta, akhlak dan penampilan juga turut terdidik. agar terbit rasa malu. supaya terjaga maruah diri.

Andai anda golongan tarbiyyah, 'let's do our checklist'.

10 Muwasafat tarbiyah

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

"Saya join usrah. jadi, perlu menjadi berstrategi dan tersusun seperti saya." - Mr Danbo.

Maka, persoalan untuk semua generasi University of Tarbiyyah, tercapaikah objektif kementerian pendidikan usrah? Andai, usrah ini masih lagi dianggap sebagai pengganggu waktu kita, maka yakinlah diri kita masih belum terdidik dengan instistusi tarbiyyah, hati masih jauh dengan Sang Pencipta. Mungkin, nafsu masih lagi menjadi guru, dan kita setia menjadi ikutan Si nafsu. terus dunia menjadi impian.

p/s : Orang cakap susah nak faham bahasa saya. Saya sudah berusaha memudahkannya. Maka, ini hasilnya.

p/ssss : Mr Danbo model baru blog saya :)

0

University of Tarbiyah

Posted by ilham_syifa' on 11:18 AM
Usrah. bukan pertemuan yang biasa2. Kalau lah ahli 'bussinessman' memandang pentingnya perjumpaan dengan ahli niaga yang nilainya berjuta2, maka para Dai'e jangan pernah memandang usrah sebelah mata.

Nilainya sangat tinggi. Maka, modalnya juga perlu tinggi. Masa, emosi, usaha, tenaga dan sebagainya menjadi taruhan. Untuk melahirkan generasi yang bakal mengembalikan tamadun. Di situ proses mendidik bermula.

Ranjau ranjau berduri tatkala berjuang! Si Danbo- pejuang yang teguh.

Di saat Hasan Al Banna memandang, keluarga bukan lagi menjadi institusi mendidik anak2 muda. Terus, usrah yang beerti 'keluarga' menjadi pengganti keluarga asal untuk mendidik.

Lantas, zaman beralih zaman. Usrah menjadi nadi penggerak dakwah bermula. University of Tarbiyah diasaskan tidak pernah memilih pelajar. Ilmu yang tinggi, mahupun tidak berilmu, semua diberi hak sama rata. Semua layak memasuki Universiti itu. Cuma ada yang dipilih untuk memberi, adapula yang menerima.

Soalnya bukan layak tidak layak, akan tetapi mahu atau tidak mahu. Sesetengah tidak mahu langsung, ada pula sekadar hadir tidak membawa jiwa. Hati dihambat dengan indahnya dunia. Sebahagian pula, hadir dengan niat mencari sinar cahaya. Tetapi dihalangi hati terus cahaya tidak tembus menyuluhinya. Tidak dinafikan, ada yang benar2 hadir membawa hati dan roh kepada tuhan.

Kepada Dai'e, andai ahli yang datang dari golongan di atas (selain yang terakhir), maka bersabarlah. Tidak mudah mahu mencuri hati mereka mahupun melembutkan jiwa yang buas, semuanya kuasa Dia. Maka, jangan sekadar memandang usrah sekadar usrah.

Bukan sembarangan tuduhan dibuat, namun Murabbi masih tidak memandang usrah sebagai pendidik jiwa. Bersiap siaga lah dirimu sebelum pertemuan hati2 yang mencari cinta Ilahi. Sentuhi jiwa mu sebelum menyentuhi jiwa yang lain. Kerana, di situ generasi terbilang akan bermula. Rindu gemilangnya Turki Uthmaniyyah berkuasa di dunia begitu mencengkam sanubari, harap mampu masa itu kembali. Harganya cuma satu, iaitu PENGORBANAN!

Andai di zaman Rasulullah, bagaimana semangat membara jejaka kacak lagi kaya, 'Mus'ab bin Umair' dalam menjadi murabbi untuk mengajarkan Al Quran. Di situ pandang sisi perlu dilihat seorang murabbi. Nilai pengorbanan yang besar sebagai saksi.

p/s : kepada Dai'e, Dirimu adalah nadi tarbiyah. Tetapi jangan lupa tarbiyahkan juga dirimu. Titik. Moga pemberi pencerahan pada para du'at termasuk saya.

0

Revolusi diri.

Posted by ilham_syifa' on 8:14 AM

Revolusi.

Sebelum mengorak langkah lebih jauh, mari selami dahulu definisi revolusi.

Revolusi itu membawa definisi perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan untuk mengubah sistem pemerintahan tersebut. Ibarat rusuhan dan pemberontakan.

Revolusi dari aspek mental pula adalah perubahan pemikiran yang menyeluruh dan mendadak, terutamanya dari segi cara fikir dan tindakan.

Selongkar kembali peristiwa sejarah untuk mengenali istilah revolusi.

1) Pada tahun 1789, titik permulaan kebangkitan Rakyat Perancis, rata2 nya terdiri daripada golongan buruh estet yang ingin menjatuhkan pemerintahn monarki di bawah pemerintahan Raja Louis. Kekurangan makanan serta kemiskinan menjadi punca hilangnya sabar rakyat. Merealisasikan satu misi revolusi terpaksa dibayar dengan nilaian yang besar. 40 000 rakyat terkorban. Akhirnya, 1799 revolusi di bawah pimpinan Napoleon Banoparte berjaya membentuk kerajaan demokrasi dengan menggulingkan pemerintahan Monarki.

2) Renungi pula revolusi Iran. Sejarah mengatakan, Raja Shah Mohammad Reza Pahlavi menjadi boneka yang tunduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kemiskinan, kekejaman dan inflasi mencetuskan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Ruhallah Khomeini. Pada tahun 1979, sang raja menderita setelah keselasaan kerana kerajaan republik telah terbentuk. Lihat sendiri, presiden Iran, Mahmod Ahmadinejad secara terang2an berani menentang Amerika Syarikat dan Israel.

3) Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Jangan pernah lupa revolusi di tanah Melayu. Akibat dentuman Malayan Union, orang Melayu berubah. Lupakan semangat kenegerian, kepasifan diri mengubah menjadi berani bersuara. Menentang gagasan Malayan Union. Maka, semangat kesatuan menggagalkan gagasan ini. Itu revolusi Melayu.

4) Revolusi Pemuda selama 18 hari di Mesir untuk menggulingkan diktator Hosni Mubarak yang sudah pun memerintah selama 30 tahun. Kekejaman polis, kemiskinan, pengangguran, inflasi, korupsi orang atasan menjadi tercetusnya revolusi ini yang bermula 25 Januari. Revolusi ini berjaya melembutkan akhlak polis2 yang setia kepada Hosni Mubarak. Kejayaan revolusi membawa kepada aktiviti islam dapat dijalankan dengan mudah.

Penyelongkaran selembar demi selembar peristiwa sejarah tidak punya kesudahan. Secara asasnya, tercetusnya revolusi itu adalah sama; atas rasa ingin menggulingkan pemerintahan yang kejam serta tamak. Sehingga menjerumuskan rakyat dalam keadaan kemiskinan, inflasi serta penderitaan.

Maka, dalam menggapai suatu misi itu, ada harga yang perlu dibayar. Pengorbanan yang besar dalam merealisasikan revolusi itu. Bukan calang-calang pengorbanan. Nilai nyawa yang harus dibayar ; revolusi Perancis contohnya.

Itu revolusi dari segi pemerintahan. Tetapi kita punya satu revolusi yang lebih besar; REVOLUSI DIRI. Revolusi mental supaya cara pemikiran berubah secara menyeluruh, tidak mengaplikasi 'hasty generalization' yang mencetuskan ketidakadilan dalam meletak sangkaan ataupun andaian.

Berbalik kepada soal lebih besar, revolusi diri untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan itu perlu. Berkorban masa dalam bersuka ria. Berkorban cinta demi mencari cinta Dia. Berkorban lah apa sahaja yang mungkin, demi sebuah kejayaan. Kejayaan di dunia dan di akhirat. Revolusi pemikiran. akhlak. serta matlamat diri.

Exam is coming soon. Maka, kembalilah saya ke sarang 'katak di bawah tempurung'. Hilang komunikasi dengan dunia luar. Mungkin, itu pengorbanan yang perlu saya bayar. Semoga Allah redha. :)

0

Catatan Turki 2

Posted by ilham_syifa' on 7:00 AM

1. Pagi dimulakan dengan mencuri sedikit masa untuk dating bersama2 Tuhan. Alhamdulillah. Perbetulkan niat. Membaiki nilai Iman. Terima kasih kawan2.

2. Setelah Subuh berjemaah, berhajat untuk berselimut dengan buku menjadi peneman. Teman sebilik menyambung tidur setelah penat menonton tv. Saya agak kurang melekat dengan tv. Begitu juga di rumah. Maka, tv bukan penghalang atau gangguan saya walaupun saya pelajar sekolah harian. Kami cuba untuk tidak tidur setelah subuh. Alhamdulillah. Cuma bila matahari tegak di kepala, waktu dhuha sudah menjengah tiba. Semua menyambung tidur sebelum check out hotel.

Sesi berjalan2 mereka di bandar Mumbai. saya tidak ikut berjalan.

3. Seperti biasa, saya selalu menjadi yang pertama perlu bersiap, (sebab dorg cakap saya bersiap lambat.ceh..). Sementara menanti, buku masih menjadi peneman. kali ini karya Ustaz Hasrizal, 'Secawan Teh Pengubat Teh' pula menjadi pilihan.

4. Kami keluar untuk makan. ada kedai veg dekat dengan hotel kami. Layan je lah! janji dapat makan. Ada yang beli bekal sebab lama menanti di Airport nanti.

5. Sesudah jamak solat, kami check out. Airport Mumbai menjadi destinasi. Kami berpecah kepada 2 kereta. (ke 3? lupa).
Sebelum check out dari hotel.

6. Hampir sejam perjalanan, saya banyak termenung. ada perkara yang mengganggu fikiran. Biasalah manusia, sering terikat dengan masalah hati dan perasaan. Semoga Allah hilangkan perasaan itu. Amin~

7. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Airport. Disuruh ke bilik waiting room sebab flight jam 11.30 malam. Owh, nak duduk di waiting room, kena bayar Rs 60. Mahal...

8. Masing2 dengan agenda masing2. Cuma sempat saya berpesan. Bersedia dengan apa2 pengisian. Setiap orang akan diberi peluang untuk berkongsi apa2 setelah mahgrib nanti. Sementara menanti Maghrib, ada yang tidur. Ada yang menonton movie. Laptop saya sentiasa menjadi rebutan. Saya masih lagi kurang berminat untuk menonton movie. Masih menatap buku di tangan saya. Bergilir2 dengan buku karya Ustaz Hasrizal dan Karya Imam Al Ghazali. At last, saya tertidur ditemani buku2 kesayangan saya.
Ada yang makan. ada yang tidur. membaca buku. menonton movie.

9. Kami solat di penjuru waiting room tersebut. Tiada surau di sini. Ada muslim yang cakap kami bagus. Masuk waktu, terus solat. Alhamdulillah. Moga istiqamah.

10. Tepat jam 7.30 malam, kami membuat liqa'. 11 orang kesemuanya dalam bulatan besar. ramai yang memberi ayat Al Quran dan sedikit pengisian berdasarkan ayat tersebut. Alhamdulillah, moga berbekas di hati.

11. Pukul 9 lebih, saya mengambil acara dengan bercerita sejarah palestina yang terbahagi kepada 3 fasa. fasa yang pertama sebelum kelahiran Nabi Muhammad. yang mana bermula dengan Nabi Musa. Mencari susur galur Bani Israel. Fasa kedua, setelah kelahiran Nabi Muhammad. Fasa ketiga, setelah Nabi Muhammad wafat. Sehingga penubuhan HAMAS. Kematian Yassir Arafat, Syeikh Ahmad Yassin. Ilmu masih kurang, maka tidak begitu banyak info yang mampu diberikan. Maaf.
Sesi berkongsi sejarah Palestina. Ada yang bersemangat menyalin.

12. Pukul 10.30, kami bergerak masuk ke Airport. Check in. Beg saya cuma 11.5kg! wah! ringan. tapi beg di bahu agak berat dengan pelbagai buku dan laptop.

Masa untuk check in! Semoga perjalanan dipermudahkan. Amin~

13. Sempat on9 di dalam balai menunggu. Adik2 batch 26 sempat meninjau2 result UNIS mereka. Alhamdulillah, semua yang pergi pass untuk masuk 2nd year! dan Afina, dapat Distinction Physio! Congrats! Alhamdulillah lagi. Kagum2. Batch adik2 ni memang hebat2. Tidak dinafikan. :)

14. SEMPOI masih dalam progress. berdasarkan message yang saya terima melalui facebook. Iluvislam, begitu ligat dengan perkembangannya. Sehari sesudah di Malaysia nanti, saya dijemput menjadi fassi program. Masih tidak mampu memberi kata putus. Takut ummi tak bagi keluar sebab baru balik kan. dan maaf, tidak dapat membalas semua message. Apa2 pun, saya tetap terfokus pada SEMPOI. mungkin sebab ia program ulung di India.

15. 12 malam, flight Egypt Air berlepas ke Cairo. Transit di situ sebelum ke Istanbul. Moga2 perjalanan selamat.

Moga Allah pertemukan ku dengan sesuatu, yang perlu disingkap dari bumi Khalifah ini. InsyaAllah...

0

Catatan Turki 1

Posted by ilham_syifa' on 4:39 AM

Travel plan yang dirancang berbulan2 lamanya. Permudahkan Ya Allah.

28 Februari 2011

1. Perjalanan mengambil masa 16 jam di dalam train dari Udupi Railway Station untuk sampai ke Mumbai.

Menunggu train ke Mumbai dari Udupi.

2. Saya dan kak Izza sahaja yang membawa laptop ke sana. Maka, laptop saya yang tahan 7 jam menjadi rebutan. Rakan2 menonton drama korea. Saya tidak berminat. Saya menyambung bacaan buku "Men From Mars and Women from Venus."
*hasrat untuk memahami my other half terus terusan menjadi penguat untuk membaca buku ini. InsyaAllah*

3. Sahabat2 yang bersama di dalam kabin saya, kami sempat membuat terjemahan dan tafsir ayat2 Al Quran. 5 ayat dari Asbabul Nuzul yang masih saya ingat.

4. Saya agak mengalami Motion Sickness. Maka, tidur pengubatnya. Banyak sangat tidur dalam train. Sampai penat badan rasa.

5. 12 tengah hari kami sampai di Mumbai. Ina yang menguruskan hotel di sini. Kerana saya terfokus kembara kami di Turki nanti. Thanx Ina, meringankan tugas saya.

Setelah tiba di Mumbai. Muka kepenatan di dalam train 16 jam.

6. India is India kan. Penat! Local people a.k.a tempe2 berebut2 nak kami menggunakan perkhidmatan transport mereka. Dah pukul 1 baru dapat masuk bilik. Allhamdulillah. Dapat segarkan badan, mandi dan sesi makan maggi.

7. Sebilik dengan Ina, dan Mcd. Seronok! Malam ni, kami berhajat untuk Qiam beramai2. InsyaAllah. doakan kami berjaya melawan nafsu tidur.

8. Berehat2 dan solat jamak. Kami beramai2 keluar makan. Semua excited nampak McD *Mcdonald ye bukan sahabat bernama Mcd..hehe* Owh, layan je lah ikut adik2 ni.

Di McD Mumbai. Kak izza tak ikut. Sebab dia dah nak balik Malaysia terus. So, jumpa je McD selalu. *tiba2 time ni tak boikot pulak saya. heh..*

9. Setelah makan, mereka semua nak berjalan2 di bandar Mumbai. Saya putuskan untuk balik ke bilik. Tidak berminat nak keluar berjalan. Memang begitu 'habit' saya. Jarang sungguh keluar. Semangat di hati, cuma Turki ingin diselongkar. Nasib baik, Ina sudi menemani saya di bilik. Dia pernah berjalan di Mumbai katanya. Jadi, tidak berminat nak berjalan2 lagi. Maka, saya menyambung buku Imam Al Ghazali pula, "Wonders of The Heart".

10. Saya berjanji, ingin bercerita serba sedikit sejarah Ottoman Empire kepada sahabat2 jelajah selepas Isya'. Dari Byzantine ditemui, dibuka pula Constantinople oleh Emperor Constantine. Ditukar kepada Islambul oleh Sultan Muhammad Al Fatih dan seterusnya kepada Istanbul oleh Mustaffa Kamal Attarturk. Dari zaman Greek, kepada Tamadun Rom dan dibuka pula Turki Uthamniyya oleh Osman Ghazi. Sehingga jam 11 malam sesi story telling kami berlarutan.

11. Jangan lupa bangun Qiam, sama2 ingat mengingatkan.
*bermula gelaran Mak Effa diberikan.. haih~ terasa tua pulak*

Menanti hari berikutnya. Untuk menjejaki kota Istanbul! Sabar!!!! :)

0

Berjuang...

Posted by ilham_syifa' on 6:34 PM
Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya...

Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!

Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia…
yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja.
Lalu dia terus bermujahadah…
menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya.
Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!”
(Ustaz Pahrol)

Maaf andai ada kejahatanku yang terselindung. Tidak berniat untukku menjadi hipokrit, cuma betapa aku ingin menjadi insan yang tulus budi pekertinya. Seperti Rasulullah SWT... Maka, izinkan aku untuk terus bermujahadah....

0

dalam langkah baru...

Posted by ilham_syifa' on 8:00 PM
Salam seindah langit membiru
Salam secantik matahari yang menyinar.
Salam dengan semangat yang berkobar.

Maaf, gua ilham pena ini sudah bersawang lebih dari sebulan.

Membelek novel yang harus dibaca oleh pencinta bahasa di Malaysia, Laskar Pelangi. Tersentuh jiwa melihat semangat kental sebelas orang anak Melayu Belitong yang gigih mencari ilmu biar nasib tidak menyebelahi mereka. Hidup dalam kesusahan, bersekolah di sekolah lama yang hampir runtuh, tetapi suka akan ilmu kesebelas orang ini cukup membuat saya tersedar.

"Lintang hanya dapat belajar setelah agak larut malam kerana rumahnya sempit, sukar menemui tempat kosong, dan kerana harus berebut lampu minyak. Namun sekali dia memegang buku, terbanglah dia meninggalkan pondok condong berdinding kulit itu.

Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada seluruh penat dan kesempitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari.

Jika berhadapan dengan buku, dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia. Dia melirik maksud tersembunyi daripada sebuah rumus, sesuatu yang tidak jelas bagi orang lain."
[Petikan dari Laskar Pelangi, oleh Andrea Hirata]

Sehingga itu ilmu menjadi hiburan buat si Lintang. Betapa bahagia andai dia dapat menuntut ilmu.

Adik-adik di rumah pula, "kakak, try la tengok 3 idiots. Best! cerita Hindustan, sesuai dengan kakak. Hahaha...Ada tunjuk Manali, Shimla dan etc. " Maka saya menontonlah cerita ini.

Pengajaran nya bagus! Baik sekali. Usah dilihat 'perangai yang di luar adab' di dalam filem itu. Tetapi, apa yang cuba disampaikan. Sebetulnya, kita belajar kerana 'exam'. Belajar untuk segulung ijazah. Tanpa rasa cinta kepada ilmu.

Pemidato kegemaran saya, Amirruddin Abd Rahman pernah menyentuh,
"Kita belajar untuk mengaplikasi, bukan atas rasa kecintaan kepada ilmu...."

Kata-kata beliau seolah-olah cukup 'menampar' diri saya mungkin juga rakan-rakan sekelas. Belajar sekadar belajar tanpa rasa cinta kepada ILMU.

Hatta, dalam makalah 'The Islamic Concept of Knowledge' oleh Proffessor Yusuf Said Akhtar, ilmu didefinisikan sebagai teori praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti.

Maka, andai difahami definisi ilmu, pasti tiada istilah penat dalam menuntut ilmu. Mengeluh tanpa henti andai 'medic' menuntut untuk kita study, study dan study.

Esok, bermula langkah baru, dalam blok yang baru. Semoga mampu menuntut ilmu dengan hati yang tersenyum. Minda yang bahagia. Jiwa yang merindu ilmu. Sanubari yang mencintai nilai intelektualiti. Semoga dalam rahmatnya. Semoga hanya untukNya.

"Betapa membina tamadun tidak sesingkat awan menjadi hujan, pasir menjadi debu, dan api menjadi abu, tetapi ia adalah satu proses berterusan dan tanpa henti yang mana asasnya ILMU, ILMU dan ILMU"

p/s : masih tersangkut dalam travelog turkey... maaf, tiada idea.

Sunday, July 31, 2011

Muhasabah kehambaan

0comments

Saturday, July 9, 2011

Meneroka....

0comments

Firman2 Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia.

Santun bahasa Pali yang mengubah tripitaka bacaan setiap penganut Buddha.

Atau helai2 Veda yang dialunkan jadi lagu oleh pengamal Hindu.

Juga Baris Injil yang cekal dihayati oleh penganut ajaran Triniti.

Empat agama; Islam, Buddha, Hindu juga Kristian. kesemua membawa dokma yang sama; 'ILMU WAJIB DITEROKA'.

Ilmu, asas dalam pembinaan tamadun. Supaya manusia hidup dalam kesepaduan dalam kerangka politik, sosial dan beragama.

Namun, apakah nilai ilmu dalam kaca mata Islam, sama dengan agama2 lainnya? Tidak. Allah memandang orang yang meneroka ilmu, ibarat keluar berjihad. Percayalah, tinta para ulama lebih berat timbangannya daripada darah para syuhada'.

Ibnu Sina, lebih 40 kali mengkhatamkan buku metafizik karya Aristotle sebelum menjadi ahli falfasah dan perubatan yang hebat.

Maka, izinkan saya berhenti berkarya. demi prioriti dalam meneroka ilmu. Agar firman firman Tuhan menggetarkan hati serta jiwa hamba.

"Mari tekun study macam saya" - Mr Danbo

p/s : Ibnu Sina baca sampai 40 kali, kita baca tak sampai pun 10 kali, dah claim kita dah berusaha kan? Mula cakap, baca banyak kali pun tak ingat. Tepuk dada, tanya diri. "Adakah benar2 sudah berusaha?"

end. Microb next paper. :)

Tuesday, July 5, 2011

Dalam Jiwa penggerak.

2comments

Bersama berpimpin tangan menuju syurgaNya. itu matlamat usrah- Group of Danbos

Usrah. Sinonim dengan sekadar memberi dan menerima. Namun, hakikatnya ia tidak pernah bernoktahkan di situ. Di sini bermula talian kasih sayang dijalinkan. Tersemat misi yang satu; mengejar cinta terus SyurgaNya.

'Spread the love' - Mr Danbo said.

Usrah, nadi penggerak institusi tarbiyah. Didikan demi didikan. Mendidik hati agar ditertibkan iman. Membelai jiwa menggapai roh ketuhanan. Malah, ia bukan Murabbi kepada mutarabbi sahaja. Tidak dinafikan, adik2 usrah saya sendiri banyak mengajar saya. Jauh mereka melangkah mencari sinar yang baru. Membentuk revolusi diri. Mengingatkan saya apa yang lupa. Bertanya lantas membuat saya tahu.

Hatta, akhlak dan penampilan juga turut terdidik. agar terbit rasa malu. supaya terjaga maruah diri.

Andai anda golongan tarbiyyah, 'let's do our checklist'.

10 Muwasafat tarbiyah

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

"Saya join usrah. jadi, perlu menjadi berstrategi dan tersusun seperti saya." - Mr Danbo.

Maka, persoalan untuk semua generasi University of Tarbiyyah, tercapaikah objektif kementerian pendidikan usrah? Andai, usrah ini masih lagi dianggap sebagai pengganggu waktu kita, maka yakinlah diri kita masih belum terdidik dengan instistusi tarbiyyah, hati masih jauh dengan Sang Pencipta. Mungkin, nafsu masih lagi menjadi guru, dan kita setia menjadi ikutan Si nafsu. terus dunia menjadi impian.

p/s : Orang cakap susah nak faham bahasa saya. Saya sudah berusaha memudahkannya. Maka, ini hasilnya.

p/ssss : Mr Danbo model baru blog saya :)

Monday, July 4, 2011

University of Tarbiyah

0comments
Usrah. bukan pertemuan yang biasa2. Kalau lah ahli 'bussinessman' memandang pentingnya perjumpaan dengan ahli niaga yang nilainya berjuta2, maka para Dai'e jangan pernah memandang usrah sebelah mata.

Nilainya sangat tinggi. Maka, modalnya juga perlu tinggi. Masa, emosi, usaha, tenaga dan sebagainya menjadi taruhan. Untuk melahirkan generasi yang bakal mengembalikan tamadun. Di situ proses mendidik bermula.

Ranjau ranjau berduri tatkala berjuang! Si Danbo- pejuang yang teguh.

Di saat Hasan Al Banna memandang, keluarga bukan lagi menjadi institusi mendidik anak2 muda. Terus, usrah yang beerti 'keluarga' menjadi pengganti keluarga asal untuk mendidik.

Lantas, zaman beralih zaman. Usrah menjadi nadi penggerak dakwah bermula. University of Tarbiyah diasaskan tidak pernah memilih pelajar. Ilmu yang tinggi, mahupun tidak berilmu, semua diberi hak sama rata. Semua layak memasuki Universiti itu. Cuma ada yang dipilih untuk memberi, adapula yang menerima.

Soalnya bukan layak tidak layak, akan tetapi mahu atau tidak mahu. Sesetengah tidak mahu langsung, ada pula sekadar hadir tidak membawa jiwa. Hati dihambat dengan indahnya dunia. Sebahagian pula, hadir dengan niat mencari sinar cahaya. Tetapi dihalangi hati terus cahaya tidak tembus menyuluhinya. Tidak dinafikan, ada yang benar2 hadir membawa hati dan roh kepada tuhan.

Kepada Dai'e, andai ahli yang datang dari golongan di atas (selain yang terakhir), maka bersabarlah. Tidak mudah mahu mencuri hati mereka mahupun melembutkan jiwa yang buas, semuanya kuasa Dia. Maka, jangan sekadar memandang usrah sekadar usrah.

Bukan sembarangan tuduhan dibuat, namun Murabbi masih tidak memandang usrah sebagai pendidik jiwa. Bersiap siaga lah dirimu sebelum pertemuan hati2 yang mencari cinta Ilahi. Sentuhi jiwa mu sebelum menyentuhi jiwa yang lain. Kerana, di situ generasi terbilang akan bermula. Rindu gemilangnya Turki Uthmaniyyah berkuasa di dunia begitu mencengkam sanubari, harap mampu masa itu kembali. Harganya cuma satu, iaitu PENGORBANAN!

Andai di zaman Rasulullah, bagaimana semangat membara jejaka kacak lagi kaya, 'Mus'ab bin Umair' dalam menjadi murabbi untuk mengajarkan Al Quran. Di situ pandang sisi perlu dilihat seorang murabbi. Nilai pengorbanan yang besar sebagai saksi.

p/s : kepada Dai'e, Dirimu adalah nadi tarbiyah. Tetapi jangan lupa tarbiyahkan juga dirimu. Titik. Moga pemberi pencerahan pada para du'at termasuk saya.

Friday, June 17, 2011

Revolusi diri.

0comments

Revolusi.

Sebelum mengorak langkah lebih jauh, mari selami dahulu definisi revolusi.

Revolusi itu membawa definisi perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan untuk mengubah sistem pemerintahan tersebut. Ibarat rusuhan dan pemberontakan.

Revolusi dari aspek mental pula adalah perubahan pemikiran yang menyeluruh dan mendadak, terutamanya dari segi cara fikir dan tindakan.

Selongkar kembali peristiwa sejarah untuk mengenali istilah revolusi.

1) Pada tahun 1789, titik permulaan kebangkitan Rakyat Perancis, rata2 nya terdiri daripada golongan buruh estet yang ingin menjatuhkan pemerintahn monarki di bawah pemerintahan Raja Louis. Kekurangan makanan serta kemiskinan menjadi punca hilangnya sabar rakyat. Merealisasikan satu misi revolusi terpaksa dibayar dengan nilaian yang besar. 40 000 rakyat terkorban. Akhirnya, 1799 revolusi di bawah pimpinan Napoleon Banoparte berjaya membentuk kerajaan demokrasi dengan menggulingkan pemerintahan Monarki.

2) Renungi pula revolusi Iran. Sejarah mengatakan, Raja Shah Mohammad Reza Pahlavi menjadi boneka yang tunduk di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kemiskinan, kekejaman dan inflasi mencetuskan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Ruhallah Khomeini. Pada tahun 1979, sang raja menderita setelah keselasaan kerana kerajaan republik telah terbentuk. Lihat sendiri, presiden Iran, Mahmod Ahmadinejad secara terang2an berani menentang Amerika Syarikat dan Israel.

3) Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Jangan pernah lupa revolusi di tanah Melayu. Akibat dentuman Malayan Union, orang Melayu berubah. Lupakan semangat kenegerian, kepasifan diri mengubah menjadi berani bersuara. Menentang gagasan Malayan Union. Maka, semangat kesatuan menggagalkan gagasan ini. Itu revolusi Melayu.

4) Revolusi Pemuda selama 18 hari di Mesir untuk menggulingkan diktator Hosni Mubarak yang sudah pun memerintah selama 30 tahun. Kekejaman polis, kemiskinan, pengangguran, inflasi, korupsi orang atasan menjadi tercetusnya revolusi ini yang bermula 25 Januari. Revolusi ini berjaya melembutkan akhlak polis2 yang setia kepada Hosni Mubarak. Kejayaan revolusi membawa kepada aktiviti islam dapat dijalankan dengan mudah.

Penyelongkaran selembar demi selembar peristiwa sejarah tidak punya kesudahan. Secara asasnya, tercetusnya revolusi itu adalah sama; atas rasa ingin menggulingkan pemerintahan yang kejam serta tamak. Sehingga menjerumuskan rakyat dalam keadaan kemiskinan, inflasi serta penderitaan.

Maka, dalam menggapai suatu misi itu, ada harga yang perlu dibayar. Pengorbanan yang besar dalam merealisasikan revolusi itu. Bukan calang-calang pengorbanan. Nilai nyawa yang harus dibayar ; revolusi Perancis contohnya.

Itu revolusi dari segi pemerintahan. Tetapi kita punya satu revolusi yang lebih besar; REVOLUSI DIRI. Revolusi mental supaya cara pemikiran berubah secara menyeluruh, tidak mengaplikasi 'hasty generalization' yang mencetuskan ketidakadilan dalam meletak sangkaan ataupun andaian.

Berbalik kepada soal lebih besar, revolusi diri untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan itu perlu. Berkorban masa dalam bersuka ria. Berkorban cinta demi mencari cinta Dia. Berkorban lah apa sahaja yang mungkin, demi sebuah kejayaan. Kejayaan di dunia dan di akhirat. Revolusi pemikiran. akhlak. serta matlamat diri.

Exam is coming soon. Maka, kembalilah saya ke sarang 'katak di bawah tempurung'. Hilang komunikasi dengan dunia luar. Mungkin, itu pengorbanan yang perlu saya bayar. Semoga Allah redha. :)

Saturday, April 23, 2011

Catatan Turki 2

0comments

1. Pagi dimulakan dengan mencuri sedikit masa untuk dating bersama2 Tuhan. Alhamdulillah. Perbetulkan niat. Membaiki nilai Iman. Terima kasih kawan2.

2. Setelah Subuh berjemaah, berhajat untuk berselimut dengan buku menjadi peneman. Teman sebilik menyambung tidur setelah penat menonton tv. Saya agak kurang melekat dengan tv. Begitu juga di rumah. Maka, tv bukan penghalang atau gangguan saya walaupun saya pelajar sekolah harian. Kami cuba untuk tidak tidur setelah subuh. Alhamdulillah. Cuma bila matahari tegak di kepala, waktu dhuha sudah menjengah tiba. Semua menyambung tidur sebelum check out hotel.

Sesi berjalan2 mereka di bandar Mumbai. saya tidak ikut berjalan.

3. Seperti biasa, saya selalu menjadi yang pertama perlu bersiap, (sebab dorg cakap saya bersiap lambat.ceh..). Sementara menanti, buku masih menjadi peneman. kali ini karya Ustaz Hasrizal, 'Secawan Teh Pengubat Teh' pula menjadi pilihan.

4. Kami keluar untuk makan. ada kedai veg dekat dengan hotel kami. Layan je lah! janji dapat makan. Ada yang beli bekal sebab lama menanti di Airport nanti.

5. Sesudah jamak solat, kami check out. Airport Mumbai menjadi destinasi. Kami berpecah kepada 2 kereta. (ke 3? lupa).
Sebelum check out dari hotel.

6. Hampir sejam perjalanan, saya banyak termenung. ada perkara yang mengganggu fikiran. Biasalah manusia, sering terikat dengan masalah hati dan perasaan. Semoga Allah hilangkan perasaan itu. Amin~

7. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Airport. Disuruh ke bilik waiting room sebab flight jam 11.30 malam. Owh, nak duduk di waiting room, kena bayar Rs 60. Mahal...

8. Masing2 dengan agenda masing2. Cuma sempat saya berpesan. Bersedia dengan apa2 pengisian. Setiap orang akan diberi peluang untuk berkongsi apa2 setelah mahgrib nanti. Sementara menanti Maghrib, ada yang tidur. Ada yang menonton movie. Laptop saya sentiasa menjadi rebutan. Saya masih lagi kurang berminat untuk menonton movie. Masih menatap buku di tangan saya. Bergilir2 dengan buku karya Ustaz Hasrizal dan Karya Imam Al Ghazali. At last, saya tertidur ditemani buku2 kesayangan saya.
Ada yang makan. ada yang tidur. membaca buku. menonton movie.

9. Kami solat di penjuru waiting room tersebut. Tiada surau di sini. Ada muslim yang cakap kami bagus. Masuk waktu, terus solat. Alhamdulillah. Moga istiqamah.

10. Tepat jam 7.30 malam, kami membuat liqa'. 11 orang kesemuanya dalam bulatan besar. ramai yang memberi ayat Al Quran dan sedikit pengisian berdasarkan ayat tersebut. Alhamdulillah, moga berbekas di hati.

11. Pukul 9 lebih, saya mengambil acara dengan bercerita sejarah palestina yang terbahagi kepada 3 fasa. fasa yang pertama sebelum kelahiran Nabi Muhammad. yang mana bermula dengan Nabi Musa. Mencari susur galur Bani Israel. Fasa kedua, setelah kelahiran Nabi Muhammad. Fasa ketiga, setelah Nabi Muhammad wafat. Sehingga penubuhan HAMAS. Kematian Yassir Arafat, Syeikh Ahmad Yassin. Ilmu masih kurang, maka tidak begitu banyak info yang mampu diberikan. Maaf.
Sesi berkongsi sejarah Palestina. Ada yang bersemangat menyalin.

12. Pukul 10.30, kami bergerak masuk ke Airport. Check in. Beg saya cuma 11.5kg! wah! ringan. tapi beg di bahu agak berat dengan pelbagai buku dan laptop.

Masa untuk check in! Semoga perjalanan dipermudahkan. Amin~

13. Sempat on9 di dalam balai menunggu. Adik2 batch 26 sempat meninjau2 result UNIS mereka. Alhamdulillah, semua yang pergi pass untuk masuk 2nd year! dan Afina, dapat Distinction Physio! Congrats! Alhamdulillah lagi. Kagum2. Batch adik2 ni memang hebat2. Tidak dinafikan. :)

14. SEMPOI masih dalam progress. berdasarkan message yang saya terima melalui facebook. Iluvislam, begitu ligat dengan perkembangannya. Sehari sesudah di Malaysia nanti, saya dijemput menjadi fassi program. Masih tidak mampu memberi kata putus. Takut ummi tak bagi keluar sebab baru balik kan. dan maaf, tidak dapat membalas semua message. Apa2 pun, saya tetap terfokus pada SEMPOI. mungkin sebab ia program ulung di India.

15. 12 malam, flight Egypt Air berlepas ke Cairo. Transit di situ sebelum ke Istanbul. Moga2 perjalanan selamat.

Moga Allah pertemukan ku dengan sesuatu, yang perlu disingkap dari bumi Khalifah ini. InsyaAllah...

Catatan Turki 1

0comments

Travel plan yang dirancang berbulan2 lamanya. Permudahkan Ya Allah.

28 Februari 2011

1. Perjalanan mengambil masa 16 jam di dalam train dari Udupi Railway Station untuk sampai ke Mumbai.

Menunggu train ke Mumbai dari Udupi.

2. Saya dan kak Izza sahaja yang membawa laptop ke sana. Maka, laptop saya yang tahan 7 jam menjadi rebutan. Rakan2 menonton drama korea. Saya tidak berminat. Saya menyambung bacaan buku "Men From Mars and Women from Venus."
*hasrat untuk memahami my other half terus terusan menjadi penguat untuk membaca buku ini. InsyaAllah*

3. Sahabat2 yang bersama di dalam kabin saya, kami sempat membuat terjemahan dan tafsir ayat2 Al Quran. 5 ayat dari Asbabul Nuzul yang masih saya ingat.

4. Saya agak mengalami Motion Sickness. Maka, tidur pengubatnya. Banyak sangat tidur dalam train. Sampai penat badan rasa.

5. 12 tengah hari kami sampai di Mumbai. Ina yang menguruskan hotel di sini. Kerana saya terfokus kembara kami di Turki nanti. Thanx Ina, meringankan tugas saya.

Setelah tiba di Mumbai. Muka kepenatan di dalam train 16 jam.

6. India is India kan. Penat! Local people a.k.a tempe2 berebut2 nak kami menggunakan perkhidmatan transport mereka. Dah pukul 1 baru dapat masuk bilik. Allhamdulillah. Dapat segarkan badan, mandi dan sesi makan maggi.

7. Sebilik dengan Ina, dan Mcd. Seronok! Malam ni, kami berhajat untuk Qiam beramai2. InsyaAllah. doakan kami berjaya melawan nafsu tidur.

8. Berehat2 dan solat jamak. Kami beramai2 keluar makan. Semua excited nampak McD *Mcdonald ye bukan sahabat bernama Mcd..hehe* Owh, layan je lah ikut adik2 ni.

Di McD Mumbai. Kak izza tak ikut. Sebab dia dah nak balik Malaysia terus. So, jumpa je McD selalu. *tiba2 time ni tak boikot pulak saya. heh..*

9. Setelah makan, mereka semua nak berjalan2 di bandar Mumbai. Saya putuskan untuk balik ke bilik. Tidak berminat nak keluar berjalan. Memang begitu 'habit' saya. Jarang sungguh keluar. Semangat di hati, cuma Turki ingin diselongkar. Nasib baik, Ina sudi menemani saya di bilik. Dia pernah berjalan di Mumbai katanya. Jadi, tidak berminat nak berjalan2 lagi. Maka, saya menyambung buku Imam Al Ghazali pula, "Wonders of The Heart".

10. Saya berjanji, ingin bercerita serba sedikit sejarah Ottoman Empire kepada sahabat2 jelajah selepas Isya'. Dari Byzantine ditemui, dibuka pula Constantinople oleh Emperor Constantine. Ditukar kepada Islambul oleh Sultan Muhammad Al Fatih dan seterusnya kepada Istanbul oleh Mustaffa Kamal Attarturk. Dari zaman Greek, kepada Tamadun Rom dan dibuka pula Turki Uthamniyya oleh Osman Ghazi. Sehingga jam 11 malam sesi story telling kami berlarutan.

11. Jangan lupa bangun Qiam, sama2 ingat mengingatkan.
*bermula gelaran Mak Effa diberikan.. haih~ terasa tua pulak*

Menanti hari berikutnya. Untuk menjejaki kota Istanbul! Sabar!!!! :)

Monday, April 4, 2011

Berjuang...

0comments
Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya...

Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!

Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia…
yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja.
Lalu dia terus bermujahadah…
menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya.
Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!”
(Ustaz Pahrol)

Maaf andai ada kejahatanku yang terselindung. Tidak berniat untukku menjadi hipokrit, cuma betapa aku ingin menjadi insan yang tulus budi pekertinya. Seperti Rasulullah SWT... Maka, izinkan aku untuk terus bermujahadah....

Saturday, March 26, 2011

dalam langkah baru...

0comments
Salam seindah langit membiru
Salam secantik matahari yang menyinar.
Salam dengan semangat yang berkobar.

Maaf, gua ilham pena ini sudah bersawang lebih dari sebulan.

Membelek novel yang harus dibaca oleh pencinta bahasa di Malaysia, Laskar Pelangi. Tersentuh jiwa melihat semangat kental sebelas orang anak Melayu Belitong yang gigih mencari ilmu biar nasib tidak menyebelahi mereka. Hidup dalam kesusahan, bersekolah di sekolah lama yang hampir runtuh, tetapi suka akan ilmu kesebelas orang ini cukup membuat saya tersedar.

"Lintang hanya dapat belajar setelah agak larut malam kerana rumahnya sempit, sukar menemui tempat kosong, dan kerana harus berebut lampu minyak. Namun sekali dia memegang buku, terbanglah dia meninggalkan pondok condong berdinding kulit itu.

Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada seluruh penat dan kesempitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari.

Jika berhadapan dengan buku, dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia. Dia melirik maksud tersembunyi daripada sebuah rumus, sesuatu yang tidak jelas bagi orang lain."
[Petikan dari Laskar Pelangi, oleh Andrea Hirata]

Sehingga itu ilmu menjadi hiburan buat si Lintang. Betapa bahagia andai dia dapat menuntut ilmu.

Adik-adik di rumah pula, "kakak, try la tengok 3 idiots. Best! cerita Hindustan, sesuai dengan kakak. Hahaha...Ada tunjuk Manali, Shimla dan etc. " Maka saya menontonlah cerita ini.

Pengajaran nya bagus! Baik sekali. Usah dilihat 'perangai yang di luar adab' di dalam filem itu. Tetapi, apa yang cuba disampaikan. Sebetulnya, kita belajar kerana 'exam'. Belajar untuk segulung ijazah. Tanpa rasa cinta kepada ilmu.

Pemidato kegemaran saya, Amirruddin Abd Rahman pernah menyentuh,
"Kita belajar untuk mengaplikasi, bukan atas rasa kecintaan kepada ilmu...."

Kata-kata beliau seolah-olah cukup 'menampar' diri saya mungkin juga rakan-rakan sekelas. Belajar sekadar belajar tanpa rasa cinta kepada ILMU.

Hatta, dalam makalah 'The Islamic Concept of Knowledge' oleh Proffessor Yusuf Said Akhtar, ilmu didefinisikan sebagai teori praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti.

Maka, andai difahami definisi ilmu, pasti tiada istilah penat dalam menuntut ilmu. Mengeluh tanpa henti andai 'medic' menuntut untuk kita study, study dan study.

Esok, bermula langkah baru, dalam blok yang baru. Semoga mampu menuntut ilmu dengan hati yang tersenyum. Minda yang bahagia. Jiwa yang merindu ilmu. Sanubari yang mencintai nilai intelektualiti. Semoga dalam rahmatnya. Semoga hanya untukNya.

"Betapa membina tamadun tidak sesingkat awan menjadi hujan, pasir menjadi debu, dan api menjadi abu, tetapi ia adalah satu proses berterusan dan tanpa henti yang mana asasnya ILMU, ILMU dan ILMU"

p/s : masih tersangkut dalam travelog turkey... maaf, tiada idea.

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates