Pena diangkat, Tinta dijulang..
"Biar bercakap dengan ilmu." Puan Ida menambah! Memori itu kembali menjadi gambaran di minda...
Saya yang masih dangkal dalam ilmu penulisan ini ingin menambah..
Sudah sekian lama minda ini tidak dihalusi dengan bacaan yang mampu merobek jiwa, menukil indahnya bahasa, sedang saya sedar "Budaya Membaca Wardah Wacana Berilmu". Itu tajuk yang diangkat ketika pertandingan forum remaja dahulu kala. Hebat bermadah, menggulung bicara dan tegas menegakkan hujah satu ketika dulu tentang isu ini, namun entah kenapa tidak dipraktiskan dalam diri. Beralasan bahawa medic sibuk, namun khilaf diri yang tidak bijak mengurus masa itu lebih parah di jiwa.
Maka, banyaknya azam dalam diri saat bertemu cuti yang akan mendatang. Minda dan aqal begitu dahagakan nilaian ilmu, biar bebas seketika dengan ilmu perubatan semata.
Teristimewa buat pembaca di luar sana,
moga karya saya kali ini mampu mengalir dalam saraf kalian hingga mampu mentafsir di minda dengan hasil tulisan saya. Andai ingin menyanggah maka indahnya bahasa dan tingginya adab cuba diiringkan oleh saya harapnya begitu juga dengan anda yang ingin melontar idea, berhujah apa tidak kena...
Mahu sahaja diri ini mengarang segala yang bersawang di minda, namun masa itu tetap membatasi segalanya.
Sudah cukup diri tenggelam dalam arus dunia perubatan, keyakinan diri dihanyutkan mengiringi ombak lautan cukup menggetar jiwa dalam menggapai impian sebagai doktor. Entah, sudah lama dibelenggu dengan inferior dalam diri. Keyakinan diri yang tenggelam timbul. Biar ini menjadi pemula langkah untuk "aku menjadi aku" kembali....
Akhirulkalam, selamat berkarya buat diri! selamat membaca buat pembaca.
Nukilan,
[Ilham Syifa']
p/s : dura menambah, "effa, jangan puitis2 sangat..jiwang.. geli nak baca" haha.. tergelak bersendirian mendengar komen cik dodo.