0

Sabar lah..

Posted by ilham_syifa' on 12:36 PM

"Allah mencintai orang-orang yang bersabar..” (QS Ali Imran: 146).

Bersabarlah! Memujuk diri.
Bersabarlah! Memaksa diri untuk tersenyum.
Bersabarlah! Bersabarlah! dan bersabarlah!

Medic? I rather not think much about it. Follow the flow.. Allah knows the best. And again, berSABARlah.. Bicara HAMKA memujuk hati yang kian terguris dengan dugaan tidak berkesudahan. agar senyum setia terukir di bibir.

"Allah tidak menciptakan manusia itu bodoh, tetapi Allah menciptakan manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza"

Saya yakin, mungkin kebijaksanaan saya di bidang yang lain. Maka, Bersabarlah!


Love? Something that, i wanna avoid it now. Orang kata, "Layan jangan, lawan pun jangan." Dan lawan, i can say it's turtoring. But, my naqibah said, 'sacrifice your little love,to get the greater love'. Maybe, i have to define back, 'What does it mean by sacrificing?' So, i'll able to sacrifice just for HIM?

Ya Allah, hadirkan cinta pada orang yang sesuai, dalam masa yang sesuai dan dalam keadaan yang baik...Amin!~ dan lagi, bersabarlah menanti saat itu!

Dakwah? Iman ibarat nota muzik, mencanak naik, merudum jatuh mendadak. Risau andai ditanggal pakaian iman, merangkak dalam gelap tanpa cahaya, terjatuh ke jurang tidak terduga. Ya Allah, selamatkan imanku.

Study? Masih merangkak untuk menandingi sahabat2 yang sudah jauh ke hadapan. Apapun yang penting, Allah kurniakan saya hati yang kuat untuk turut melangkah biarpun merangkak beriringan dengan langkah yang mungkin berlari buat mereka. Semangat yang agak kuat blok ini berbanding blok lepas. Alhamdulillah. *Dengan syarat, jadikan library rumah no.2"

Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah subhanahu wata’ala.

Akhirul kalam bersabarlah!

Al Hasan Al Bashri berkata:

Sabar adalah satu kekayaan dari kekayaan yang baik, Allah subhanahu wata’ala tidaklah memberikan kecuali kepada hamba-hamba-Nya yang mulia di sisi-Nya.

p/s : orang kata, post saya panjang, bahasa sukar difahami, maksud tersirat sukar dicapai. And this post, quite different right? mungkin impak melodi hati berlagu di malam hari, dicoret melalui bait-bait, pena melakar kalam indah. tanda penterjemahan penulisan hati barangkali. Inilah bergelar wanita, cukup beremosi.





0

Macam mana nak jadi baik?

Posted by ilham_syifa' on 11:55 AM

Minggu ini, saya berusaha sehabis mungkin dalam bidang akademik saya. Pukulan peperiksaan blok yang lepas mungkin. Jangan study last minute lagi. Itu azam saya. Semoga azam tidak tinggal azam.

Di samping melepaskan kelelahan menghadap bait-bait tulisan dalam buku-buku bidang perubatan yang tebal-tebal, saya menggapai satu novel. Dah lama teringin nak baca, tapi tidak punya kesempatan.

(ini sebabnya tak boleh study kat rumah. At last, bukan buku medic yang saya baca.. hehe.. Sekejap je boleh tahan dengan buku2 akademik, lepas sejam mulalah tangan gatal capai buku2 lain.heh )

Terus terang, sudah lama saya tidak membaca novel. Kali ini, novel Versus karya Hlovate yang menjadi pilihan. Pelik! Selalu pilihan hati pasti novel yang ayat2 berbunga2. Macam karya Habiburrahman ke Ramlee Awang Mursyid ke Faisal Tehrani ke. Novel karya Hlovate ni, dialog ‘rock’ habis. Sampai kadang2 pun, susah saya nak faham. Sebab jarang guna term santai macam orang2 selalu pakai.

Review, Hlovate!


“Addin.” Minn sengih.

“Tau tak pe.” Jasmin turut mengukir sengih. “Addin tu way of life. Cara hidup. Maka…”

“Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi…” Minn membuat kesimpulan.

“Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi…” Jasmin menyambung. “pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup balik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pulak kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.”

“Hmm…” Minn memutar sudu di tangan.

“Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vouge fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut.”

True.” Minn mengiakan.

It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is ‘baik.” Jasmin mengangguk.

Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar. “Tapi tu la. Definisi ‘baik’ di Malaysia, lain.”

(petikan dari Novel ‘Versus’ oleh Hlovate)


0

Doa dan sabar..

Posted by ilham_syifa' on 9:07 AM
Bismillahirrahmanirrahim

Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin ataukah orang yang berjalan tegak di atas jalan yang lurus? (67:22)

Kadang-kala, kita tertanya-tanya sebab doa kita tidak dimakbul Allah. Walhal, ud’uni astajiblakum. Ia ada kaitan dengan kefahaman dan niat kita terhadap kandungan doa – ia cara atau matlamat?


Contoh, kita berdoa untuk mengahwini seseorang. Soalnya, kahwin itu cara atau matlamat? Kalau kita menganggap kahwin itu sebagai matlamat, kita akan frust sekiranya kita masih tidak kahwin. Tetapi, kalau kahwin itu adalah sebagai cara untuk mencapai matlamat kita – iaitu rapat dengan Allah, nescaya Allah sedang memakbulkan doa kita itu. Kerana, bila frust, kita perlu sabar. Dan, sabar itu membuatkan kita rapat dengan Allah. Alhamdulillah.

Kita selalu menjadikan Allah sebagai cara untuk mendapatkan dunia. Untuk mendapat semua A1 dalam SPM, caranya ialah rapat dengan Allah. Terbalik bukan? Allah telah menjadi cara untuk memuaskan nafsu matlamat kita – dunia.

Tambahan lagi, pelajar perubatan diuji sungguh dengan ujian dunia. Bukan kita tidak berdoa, hampir setiap kali solat, memohon Allah bagi kejayaan di dunia dan akhirat. Tetapi, berjayakah kita seperti yang kita harapkan?

Kejayaan itu hadiah indah yang hadir bersama tanggungjawab. Apakah ilmu, menjadi kita dekat pada Allah? atau lebih sayangkan dunia? Apakah dengan kejayaan, membina insan yang luhur membantu sahabat2 yang ke belakang? Mungkin, Allah belum izinkan saya memikul tanggungjawab itu. Maka, bersabarlah.. bersabar dengan kesabaran yang cantik!

Di penghujung jalan, kita akan sedar setiap apa yang Allah hadiahkan sebenarnya kejayaan terbaik buat kita. Nukilan takdir Allah indah kan? Ahli seni tidak bisa melawannya. Yakin dan percaya! Jangan putus asa. Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik! =)

The end!

Tambahan, Lalu kawan-kawan bertanya – yang kita ini pula, selalu berdoa kah?

p/s : digubah suai dari ilham seorang sahabat. =) orang ramai perasan, saya suka berbicara tentang alat/cara dan matlamat.. kerana itu asas Hasan Al Banna menerapkan pada mutarabbinya.

‎"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."



0

Sejenak...

Posted by ilham_syifa' on 8:35 AM
Hari ini, fikiran saya agak berat. Masalah kesihatan, mungkin.

Lantas, saya mencapai buku "Detik-Detik Hidupku: Hasan Al Banna" untuk menemani tidur saya di malam dingin ini.

Ayat ini, membuat saya merenung berkali-kali...

"Ikhwanul Muslimin adalah sebuah jama’ah yang setiap individunya memiliki cara pandang dan aspirasi yang beragam, yang memperkaya dan membantu jamaah dalam pengambilan keputusan, namun tidak terdapat aliran pemikiran, gagasan yang saling berseteru, pemikiran kanan ataupun pemikiran kiri, serta perbedaan-perbedaan lain sebagaimana lazim terjadi di setiap parti, komunitas dan perkumpulan yang lain. Nasehat dan musyawarah merupakan perkara yang selalu dilakukan terus menerus serta tidak terputus, dan hal itu menjadi bagian dari proses pembentukan dan tarbiyah yang dilakukan."

Ini cara Hasan Al Banna dalam proses tarbiyah yang diajarkan olehnya. Mencapai matlamat iaitu membina manusia jauh lebih penting. Ikhawanul Muslimin hanya sekadar alat untuk menggapai matlamat. Maka, penerapan pada nilai kesamaan kepada hakikat ketuhanan jauh lebih dititikberatkan meski punya ragam yang berbeza.

Kita? Lebih banyak mencari titik selisih dari titik sama. Pertengkaran yang tidak bisa menyatukan.. Lebih memecahbelahkan daripada membina kesatuan.

Banyak yang saya pelajari baru-baru ini. Semuanya apabila kita berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia. Seperti konsep dalam dakwah, kita perlu terjun ke medan amal untuk memahami.

Hakikat yang perlu kita terima, dunia tidak pernah sama dan seragam. Usahlah mencari perpaduan dengan mengharap keseragaman. Itu tidak bisa dicapai. Melihat kepelbagaian adalah satu perkara yang perlu kita hargai.

Maka, kita perlu cuba mempelajari, mengapa pemahaman orang itu sebegitu. kenapa kita pula begini. dan bagaimana pula pandangan kita di mata-mata orang lainnya.

Dunia ini indah! Seindah citra yang diwarna. Dan ia sentiasa indah, ibarat pelangi setelah guruh dan petir mendatangi. Mari berta'aruf dengan dunia, sebagai pemulaan yang indah. Agar kita bisa mencintai.

p/s : Saya juga perlu belajar mencintai. kerana Dakwah dan Cinta, tidak pernah dipisahkan.. Kerana kita berjuang kerana cinta. cinta pada yang Esa.

*Ok, jom bangkit dari tidur! mari menyambung menelaah microb...*




0

Jalan menuju hati

Posted by ilham_syifa' on 11:53 AM

"Dakwah itu jalan menuju hati.
Di setiap ada mad’u, hati akan berdetak kencang, seperti genderang menuju medan perang.
Di setiap ada mad’u, darah mengalir dengan lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala.
Di setiap ada mad’u, otak pantas berfikir, bagaimana caranya untuk memeluk mad’u.

Itulah cinta. Cinta ialah bila hati jadi tak senang – bergetar kerana rasa sayang. Bukan atas dasar aku tua dan kau muda, bukan atas dasar aku dulu dan kau kemudian. Hanya atas dasar cinta. Itulah dakwah kasih sayang. Itulah dakwah kita. "



Saya bertemu kata-kata ini, dalam satu blog favourite saya. Beliau sebagai dai'e turut juga menyentuh hati dan bergetak jiwa saya yang sedang mendidik diri untuk turut menjadi dai'e. Fikrahnya jelas. Tidak belayar tanpa arah seperti saya. Tidak terumbang-ambing dengan ombak badai dunia yang cukup menguji iman di dada.

Minggu ini, saya lebih banyak meluangkan masa, kembali mencari jalan tarbiyah. Al-Muntalaq menjadi peneman tidur di sebalik bantal-bantal saya. Hati saya tersentuh, mata saya menangisi. Betapa tarbiyyah itu perlu mengajar saya. membuat diri dekat kepada tuhan.

"Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu."

Dush, kata-kata ini seolah-olah menampar pipi saya.

Murabbi terhebat sepanjang zaman, NABI MUHAMMAD SAW. Baginda keluar bertemu manusia untuk dilawati. Manusia perlu dilawati. Barangsiapa yang menunggu orang ramai datang kepadanya, dia bukanlah dai'e. Dan kita, masih dibelenggu dengan alasan SIBUK, sehingga terabai orang-orang di sekeliling kita.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk berdakwah kepada kaum tertentu.

Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam

Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah:

“Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.”


Apakah dakwah itu menjadi bebanan? Andai tidak, mengapa diri mudah tertekan apabila kita dalam berdakwah?

Maka, di mana nilai kita sebagai dai'e? Mudah mengeluh? Mudah tertekan? mungkin, anda tidak. Tetapi tidak malu saya katakan, saya ya!

Semoga jalan dan usaha kita memudahkan generasi akan datang menyambung usaha kita lagi. Kata-kata terakhir post ini, saya petik dari buku Al Muntalaq, oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

"Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan."

p/s : orang pernah cakap, saya orang yang senang untuk dikenali tetapi sukar untuk dirapati kerana saya tidak mudah berkongsi dan tidak mudah difahami. Mungkin, sebagai Dai'e saya perlu berubah? supaya lebih memegang hati-hati mereka... Ya Allah, jadikanlah aku pencintaMu yang hebat. dan pembantu agamaMu yang ikhlas.

Wahai diri, hambalah! Wahai akal, luruslah! Wahai hati, ikhlaslah! Wahai mata, menangislah!

dan WAHAI IMAN, GETARLAH!



0

Wahai Al-Quds tercinta...

Posted by ilham_syifa' on 11:22 AM
Seminggu POP sudah pun melabuhkan tirainya..
(kalau di India, stands for Peace fOr Palestine. kalau di UK dan Malaysia, Peace of Palestine)

Harapan biar jelas. Tulus menerangi misi yang satu. Mengamankan dunia. Saya tidak mahu program ini, sekadar hasrat untuk memurnikan dakwah di India. untuk menandingi warga UK, mungkin?

Owh, tidak! Jangan sekali-kali, menjadikan dakwah itu seolah-olah dakwah dalam silibus. Perlu begini dan begitu. Maka, langkah tersekat! Hati kurang ikhlas untuk memberi. Sentiasa saya ingatkan diri, ikhlas niat! Dan begitu juga buat para penggerak di bumi Manipal ini. Gagahilah jiwa-jiwamu, bersatulah dalam mencapai misi yang satu.

"Untukmu jiwa-jiwa kami..

Untukmu darah kami..

Untukmu jiwa dan darah kami..

Wahai Al-Quds tercinta"

Teringat pula kata-kata W.S Rendra, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Cukuplah segala ilmu, teori, asakan soalan yang tidak pasti menguji para penceramah atau benar-benar ingin tahu.. Marilah kita berjuang, melaksanakan segala kata-kata.

Bekas sahabat pidato saya, suka benar berbicara isu kemanusiaan. Dia percaya, isu Palestine-Israel ini bukanlah isu pertembungan agama. Dia seolah-olah pejuang kemanusiaan yang begitu hebat. Dan saya semakin dangkal dan jauh dengan general knowledge, drug dan parasite intoxification mungkin, terus mengangguk tanda benar..

Mungkin, kita perlu tinggalkan seketika isu mengapi-apikan Yahudi-Islam ini. Berpeganglah pada prinsip kebebasan dan keadilan! Maka, sedarlah kita pejuang kebebasan umat dunia.

Wahai rakyat Palestina, bersabarlah. Kami sentiasa berusaha untuk membebaskan mu. Walau mungkin tiada aksi, doa kami buatmu utuh dalam rutin harian kami..

Wahai pejuang di luar sana, saff ini perlukan nyawa kamu. Kita ibarat bujur panah yang siap dilepaskan oleh sesiapapun, yang ikhlas dan yang benar.

Lagi, saya mengangguk tanda benar! rasa give up, suka mengeluh? hati saya tewas dengan rakyat palestin di sana yang gagah melangkah biar cabarannya jauh lebih hebat dari saya.

p/s : saya perlu belajar untuk tidak mudah mengeluh!




0

Puisi hati...

Posted by ilham_syifa' on 10:47 PM
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang yang mengerjakan solat"
[Al-Ma'arif : 19-22]

Hari ini, hati saya tersentuh dengan ayat cinta di atas. Benarlah, perhimpunan hati-hati yang berkumpul kerana Allah, maka fikiran terus menembusi mencari cinta Tuhan yang mungkin saya cicirkan entah di mana2. Itu hikmah di sebalik usrah yang kian menjadi rutin warga manipal kini. (Jangan sekadar menjadikan rutin, sehingga lupa objektif asalnya sendiri)

Terima kasih sahabat seusrah. Semalam, saya sempat ke Mangalore. Sejujurnya, 'last minute' saya membuat keputusan ini. Tujuan asal saya bukanlah untuk shopping seperti akhowat yang lain, bukan juga untuk makan seperti ikhwan yang lain, tetapi saya ingin mencari cinta agung yang kian dirampas akibat cinta pada dunia. Sempat saya bertemu sahabat seperjuangan yang kuat fikrahnya di KTT dulu, untuk membantu membimbing saya ke jalan Nya kembali. Berjam-jam perkongsian rasa di Sizzler's cukup membuatkan hati saya menangis. Bisikan hati merayu andai bisa diberi ruang untuk kembali berubah.



Betapa benar hati ini tersasar dari landasan keimanan yang kian rapuh hari demi hari. Tercalar dek ujian menimpa meski mehnah dan tribulasi pada asalnya untuk menguji iman buat yang bergelar 'abid. Sedar, iman yang senipis cuma benar-benar membuat jiwa terseksa ditambah kalbu diserang amuk rasa bersalah tiada kesudahan. Maka, saya perlu mencari jalan, untuk keluar dari belenggu ini.

Saya rindu di saat saya mula mengenali Islam sepenuhnya. Saya rindu di saat azam mula untuk berhijrah. Saya rindu rasa ingin masuk Islam itu secara keseluruhannya.

Tetapi, kini.. rasa itu kian hambar.. Mungkin diragut dengan cinta yang tidak sepatutnya. Dan kali ini, misi untuk berhijrah kembali kuat mencengkam di jiwa. Konsep 'Zero to Hero' perlu diaplikasikan. Saya perlu bermula dari A-Z kembali.

Insan semuanya akan berubah. Yang tidak berubah, hanyalah Allah. Namun, perubahan itu ke arah kebaikan ataupun sebaliknya. Kekadang wajah sebenar terpendam di sebalik topeng-topeng yang kita pakai. Kata-kata, rupa dan pakaian kerap kali menyelubungi jati diri kita yang sebenar. Namun, Allah maha Bijaksana menguji manusia.

Diuji dengan HARTA, terserlah siapa kita. Dipuji dengan NAMA, terhambur segala yang tersembunyi di dalam jiwa. Didatangi dengan MASALAH, teruji keyakinan pada Sang Pencipta. Benarlah kata orang tua, "semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang bergoyang."

Entah kenapa malam ini, taman itu terasa lapang sekali. Tiada kesibukan, kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al-Quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Mencuba masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar yang cuba dijinakkan dengan cinta kepadaMu. Ya Allah, izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.

Benar kata Mu, "keampunanMu sentiasa mendahului murka-Mu".. Kucecah dahi di hamparan hijau itu. seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Sesah akal ini, Ya Allah. Fikrah sudah letih berlayar tanpa arah.

Cintaku sekelumit cuma, mungkin hampir tiada. Saat ini, aku hanya berbekal harapan. Ku ingat kembali kata-kata kekasihMu, "Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih lagi aku berani untuk meminta. Lalu, di malam ini, ku catatkan gugusan pemintaan. Satu demi satu melalui puisi hati.

Kubiarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu, walaupun malu, aku tetap meminta syurgaMu pendahulu segala kata. Noktah.



p/s : Khas buat sahabat2 usrah yang juga ingin berubah!


0

Climb...

Posted by ilham_syifa' on 8:52 AM
Hari ini 18 disember!
Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi.
Saya masih setia menghadap buku Microbiology. Mungkin akibat study last minute. Terpaksa bertahan mata tidak tidur malam itu.

Selepas 8 minit, tepat jam 4.38 a.m.
Ring tone muzik piano dari sebuah cerita jepun sayup2 kedengaran.

oh,
One message received!

Klik!

" Salam. Suka cita saya maklumkan adinda saya, Mas Afzal telah kembali ke rahmatullah. Sama2 lah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para Solihin" - Mas Affendi

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Jiwa saya tersentap seketika tatkala membaca mesej itu. Terus saya mengambil wudhuk, membaca surah Yassin buat arwah. Lagi2, jiwa saya sendiri agak kacau malam itu dengan study last minute saya itu. Mencari ketenangan dengan mendidik diri bernafas dalam jiwa hamba...

Bagi pelajar di UK, siapa tidak kenal mujahid sehebat Mas Afzal? Fikrahnya hebat, maka perjuangannya juga hebat! Pelajar Medic, tetapi mampu bergerak jauh. Jauh dari kemampuan pelajar perubatan. (Bagi pelajar medic, jauh lebih saya memahami had langkah2 kami dalam berjuang ini). Kata-kata nya memberangsangkan. Saya tidak kenal arwah secara individu tetapi saya mengenali beliau melalui alam maya. Sebelum saya ke India lagi saya sudah kenal arwah.

Quotenya berbunyi, "Kehadiranku tidak dirasai, pemergianku tidak ditangisi..." Tersentuh bukan?

Beliau sangatlah tabah! Kuat! bermotivasi! Berpemikiran jauh! Satu hal yang tidak mungkin saya nafikan, sukar mencari rijal sekental itu kini.

Tuntasnya, beliau seorang yang hebat!
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin! Amin~


0

Cinta dan cinta...

Posted by ilham_syifa' on 7:10 PM


"Pengorbanan adalah bukti kepada CINTA"

Itu tema yang saya sendiri cetuskan tika sambutan Aidiladha yang lalu bersama seorang teman yang tidak bisa disangkal, teruja jua dengan cinta.

HAMKA pernah berkata, "Manusia menjadi hebat dengan cinta". Apakah kami berusaha menjadi hebat dengan cinta? Namun, cinta menuju ketuhanan ataupun memuja manusia, itu kami sendiri perlu memilihnya.

Aidiladha adalah simbolik kisah cinta paling agung seorang insan, Nabi Ibrahim A.S. Demi cintanya kepada tuhan, anak yang dikasihi, Ismail A.S sanggup disembelih. Dan atas bukti cintanya itu, Allah menggantikan anak itu dengan seekor kibas.

Itu dasar cinta menuju kepada tuhannya. Tidak dapat tidak, lantas saya membedakan cinta yang kita genggami kini. oh.. tidak membawa kepada hakikat ketuhanan, itu yang pasti.. Memuja cinta manusia... Maka, ada perisai yang terlindung untuk ketemu dengan cinta yang hakiki. Sedang, ada cinta untuk menuju syurga, tapi kini kerana cinta, terhumban ke neraka.



Cinta dan kasih sayang itu menuntut pengorbanan.

Lihatlah para nabi dan rasul, rela diseksa, dicaci, dilempari najis, demi cinta kepada tuhannya. Demi cinta kepada umatnya yang tenggelam dalam kesesatan.

Lihatlah cinta seorang Nelson Mandela, rela dipenjara puluhan tahun untuk membebaskan kaumnya dari dasar Apertheid. Lihatlah Mother Theresa, yang mengabdikan dirinya demi anak2 yang dibuang oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab. Dan lihatlah jua pemuda Palestina yang rela diseksa dan dibunuh demi masa depan bangsanya yang dirampas kebebasan.

Di luar sana, banyak yang menderita kesepian, kesulitan ekonomi, kelaparan, bencana alam, kurangnya kasih sayang, perhatian mahupun motivasi.

Jika kita masih punya cinta, berkorbanlah dalam segenap hal yang kita mampu.

Demi menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik.
Demi untuk melahirkan senyum dan bahagia buat orang banyak.
Supaya tiada lagi duka, derita, sengsara di mana-mana. Agar kita bisa bertemu dengan Tuhan dalam jiwa yang damai, hati yang tenteram.. Ya Allah..

Salurkan hidup pada erti memBERI. Walau memBERI dengan sidikit, namun bisa membuahkan senyum buat si penerima. Sehingga lahir rasa bahagia di saat memberi...



Maka, marilah renung-renungkan konsep pengorbanan, dari pelbagai sisi. Jangan hanya sekadar bernokhtahkan kisah penyembelihan Ismail A.S.

Setiap perkara ada sisi lain. Seperti selepas susah adanya senang. Seperti setiap ujian punya hikmahnya. Barangkali, ujian perlu dipandang sebagai tanda kemenangan. Kerana, selepas ujian, ada keimanan. Itu janji Al-Ankabut.

Dan, beginilah tarbiyah mengajarku.... Sabar atas sabar, sabar dalam redha.

Dan renungi seketika simbolik kisah sempena Aidiladha. Ambil ibrah dari kisah tersebut. Demi menjadi 'abid yang penuh rasa cinta kepada penciptanya...
Maka, jadilah anda seorang yang hebat!

"Pengorbanan adalah bukti kepada CINTA. Tiada Cinta tanpa pengorbanan.

Pengorbanan terbesar adalah atas dasar cinta kepada-Nya"


Sebelum terlambat, SALAM MAAL HIJRAH!
Hijrah, Hijrah, dan Hijrah...
Mari menjadi hambanya yang lebih baik dari hari ke hari.
Membentuk iman dalam diri.
Mutabah 'amal hari demi hari.

p/s : dah lama buat sebenarnya. Tapi tak post je sebab masih terfikir topik tentang cinta, cinta dan cinta.. Aih, jauhkan saya dengan cinta, boleh? Biar tenang jiwa, damai hati ini... Ya Allah, jagalah cinta ini biar hanya untuk yang layak ku hadiahkan.

Maaf lah, biar two in one. Maal hijrah dan Aidiladha. Semoga selamat semuanya, dalam redha Nya itu pinta saya..

maaf lah, kepada 'someone', saya berbicara tentang cinta lagi! =p


0

Tarian Indah perjuangan...

Posted by ilham_syifa' on 5:42 PM
Seharian saya berusaha menguruskan masa seproduktif yang mungkin. Tidak dapat tidak, kepenatan hadir menjengah..

Lalu, saya nekad untuk meluangkan masa menonton filem di samping melengkapkan Journal yang menimbun. Bukan mudah untuk saya meluangkan masa menonton filem. Dan filem pilihan harus yang membuatkan saya tidak rasa kesal dua jam lamanya di hadapan lap top.

V For Vendetta...

Ia sebuah filem revolusi.
Mesej, jalan cerita dan dialog sejujurnya sedikit sebanyak memberi impak dalam diri dan hidup saya. Dialognya cukup menusuk bisikan sukma bagi yang benar-benar menyelami isi tersiratnya.

Kematian V disambut dengan jutaan manusia turun ke jalanan - tanda solidariti. Mirip2 hadith Ghulam yang impaknya kelihatan setelah syahid.

‘A revolution without dancing is a revolution not worth having.’ (V)

Tuntasnya, saya mencari apa rahsia nya? Tamsilannya mudah; perlu IKHLAS dan matlamat harus JELAS. Itulah tarian indah dalam perjuangan...

‘There's no certainty, only oppurtunity..’

Mungkin, dalam sesetengah keadaan, hasil pemergian kita ialah peluang orang lain untuk berubah.

"STRENGTH through UNITY.

UNITY through FAITH."

[V for Vendetta]

Faith = Percaya = Beriman!

Itulah asas dalam Aqidah ISLAM. Renungi sejenak zaman Rasulullah, kalimah syahadah menjadi ikrar berimannya kepada yang Maha Esa dan percayanya Rasulullah sebagai pesuruhNya.

Atas dasar Faith ataupun kepercayaan itu tadi, terwujudnya Kesatuan ataupun UNITY. Kesatuan ummah atas beriman pada satu tali Aqidah.

Lalu, melalui kesatuan, lahirnya Kekuatan ataupun STRENGTH.

Maka, Kekuatan bisa dicapai bila kita bersatu. Bersatu atas nama Allah itu yang paling gah; dalam meletakkan kembali peradaban Islam di tempatnya.

Invasi Barat melemahkan peradaban Islam. Itu hakikatnya. Maka, mari kita renungi sebentar hakikat revolusi yang kita yakini.

‘That this country needs more than a building right now. And it needs hope.’

[V for Vendetta]


Oh Malaysiaku, YOU NEED HOPE!

“Tidak salah menonton Filem. Jadilah kreatif untuk kaitkan dengan hidup anda sebagai Muslim” – Someone

p/s : terima kasih kepada yang membekalkan filem ini kepada saya. Tak payah susah2 nak download! =)


Monday, January 24, 2011

Sabar lah..



"Allah mencintai orang-orang yang bersabar..” (QS Ali Imran: 146).

Bersabarlah! Memujuk diri.
Bersabarlah! Memaksa diri untuk tersenyum.
Bersabarlah! Bersabarlah! dan bersabarlah!

Medic? I rather not think much about it. Follow the flow.. Allah knows the best. And again, berSABARlah.. Bicara HAMKA memujuk hati yang kian terguris dengan dugaan tidak berkesudahan. agar senyum setia terukir di bibir.

"Allah tidak menciptakan manusia itu bodoh, tetapi Allah menciptakan manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza"

Saya yakin, mungkin kebijaksanaan saya di bidang yang lain. Maka, Bersabarlah!


Love? Something that, i wanna avoid it now. Orang kata, "Layan jangan, lawan pun jangan." Dan lawan, i can say it's turtoring. But, my naqibah said, 'sacrifice your little love,to get the greater love'. Maybe, i have to define back, 'What does it mean by sacrificing?' So, i'll able to sacrifice just for HIM?

Ya Allah, hadirkan cinta pada orang yang sesuai, dalam masa yang sesuai dan dalam keadaan yang baik...Amin!~ dan lagi, bersabarlah menanti saat itu!

Dakwah? Iman ibarat nota muzik, mencanak naik, merudum jatuh mendadak. Risau andai ditanggal pakaian iman, merangkak dalam gelap tanpa cahaya, terjatuh ke jurang tidak terduga. Ya Allah, selamatkan imanku.

Study? Masih merangkak untuk menandingi sahabat2 yang sudah jauh ke hadapan. Apapun yang penting, Allah kurniakan saya hati yang kuat untuk turut melangkah biarpun merangkak beriringan dengan langkah yang mungkin berlari buat mereka. Semangat yang agak kuat blok ini berbanding blok lepas. Alhamdulillah. *Dengan syarat, jadikan library rumah no.2"

Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah subhanahu wata’ala.

Akhirul kalam bersabarlah!

Al Hasan Al Bashri berkata:

Sabar adalah satu kekayaan dari kekayaan yang baik, Allah subhanahu wata’ala tidaklah memberikan kecuali kepada hamba-hamba-Nya yang mulia di sisi-Nya.

p/s : orang kata, post saya panjang, bahasa sukar difahami, maksud tersirat sukar dicapai. And this post, quite different right? mungkin impak melodi hati berlagu di malam hari, dicoret melalui bait-bait, pena melakar kalam indah. tanda penterjemahan penulisan hati barangkali. Inilah bergelar wanita, cukup beremosi.




Saturday, January 22, 2011

Macam mana nak jadi baik?


Minggu ini, saya berusaha sehabis mungkin dalam bidang akademik saya. Pukulan peperiksaan blok yang lepas mungkin. Jangan study last minute lagi. Itu azam saya. Semoga azam tidak tinggal azam.

Di samping melepaskan kelelahan menghadap bait-bait tulisan dalam buku-buku bidang perubatan yang tebal-tebal, saya menggapai satu novel. Dah lama teringin nak baca, tapi tidak punya kesempatan.

(ini sebabnya tak boleh study kat rumah. At last, bukan buku medic yang saya baca.. hehe.. Sekejap je boleh tahan dengan buku2 akademik, lepas sejam mulalah tangan gatal capai buku2 lain.heh )

Terus terang, sudah lama saya tidak membaca novel. Kali ini, novel Versus karya Hlovate yang menjadi pilihan. Pelik! Selalu pilihan hati pasti novel yang ayat2 berbunga2. Macam karya Habiburrahman ke Ramlee Awang Mursyid ke Faisal Tehrani ke. Novel karya Hlovate ni, dialog ‘rock’ habis. Sampai kadang2 pun, susah saya nak faham. Sebab jarang guna term santai macam orang2 selalu pakai.

Review, Hlovate!


“Addin.” Minn sengih.

“Tau tak pe.” Jasmin turut mengukir sengih. “Addin tu way of life. Cara hidup. Maka…”

“Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi…” Minn membuat kesimpulan.

“Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi…” Jasmin menyambung. “pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup balik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pulak kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.”

“Hmm…” Minn memutar sudu di tangan.

“Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vouge fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut.”

True.” Minn mengiakan.

It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is ‘baik.” Jasmin mengangguk.

Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar. “Tapi tu la. Definisi ‘baik’ di Malaysia, lain.”

(petikan dari Novel ‘Versus’ oleh Hlovate)

Monday, January 10, 2011

Doa dan sabar..


Bismillahirrahmanirrahim

Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin ataukah orang yang berjalan tegak di atas jalan yang lurus? (67:22)

Kadang-kala, kita tertanya-tanya sebab doa kita tidak dimakbul Allah. Walhal, ud’uni astajiblakum. Ia ada kaitan dengan kefahaman dan niat kita terhadap kandungan doa – ia cara atau matlamat?


Contoh, kita berdoa untuk mengahwini seseorang. Soalnya, kahwin itu cara atau matlamat? Kalau kita menganggap kahwin itu sebagai matlamat, kita akan frust sekiranya kita masih tidak kahwin. Tetapi, kalau kahwin itu adalah sebagai cara untuk mencapai matlamat kita – iaitu rapat dengan Allah, nescaya Allah sedang memakbulkan doa kita itu. Kerana, bila frust, kita perlu sabar. Dan, sabar itu membuatkan kita rapat dengan Allah. Alhamdulillah.

Kita selalu menjadikan Allah sebagai cara untuk mendapatkan dunia. Untuk mendapat semua A1 dalam SPM, caranya ialah rapat dengan Allah. Terbalik bukan? Allah telah menjadi cara untuk memuaskan nafsu matlamat kita – dunia.

Tambahan lagi, pelajar perubatan diuji sungguh dengan ujian dunia. Bukan kita tidak berdoa, hampir setiap kali solat, memohon Allah bagi kejayaan di dunia dan akhirat. Tetapi, berjayakah kita seperti yang kita harapkan?

Kejayaan itu hadiah indah yang hadir bersama tanggungjawab. Apakah ilmu, menjadi kita dekat pada Allah? atau lebih sayangkan dunia? Apakah dengan kejayaan, membina insan yang luhur membantu sahabat2 yang ke belakang? Mungkin, Allah belum izinkan saya memikul tanggungjawab itu. Maka, bersabarlah.. bersabar dengan kesabaran yang cantik!

Di penghujung jalan, kita akan sedar setiap apa yang Allah hadiahkan sebenarnya kejayaan terbaik buat kita. Nukilan takdir Allah indah kan? Ahli seni tidak bisa melawannya. Yakin dan percaya! Jangan putus asa. Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik! =)

The end!

Tambahan, Lalu kawan-kawan bertanya – yang kita ini pula, selalu berdoa kah?

p/s : digubah suai dari ilham seorang sahabat. =) orang ramai perasan, saya suka berbicara tentang alat/cara dan matlamat.. kerana itu asas Hasan Al Banna menerapkan pada mutarabbinya.

‎"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."


Sejenak...


Hari ini, fikiran saya agak berat. Masalah kesihatan, mungkin.

Lantas, saya mencapai buku "Detik-Detik Hidupku: Hasan Al Banna" untuk menemani tidur saya di malam dingin ini.

Ayat ini, membuat saya merenung berkali-kali...

"Ikhwanul Muslimin adalah sebuah jama’ah yang setiap individunya memiliki cara pandang dan aspirasi yang beragam, yang memperkaya dan membantu jamaah dalam pengambilan keputusan, namun tidak terdapat aliran pemikiran, gagasan yang saling berseteru, pemikiran kanan ataupun pemikiran kiri, serta perbedaan-perbedaan lain sebagaimana lazim terjadi di setiap parti, komunitas dan perkumpulan yang lain. Nasehat dan musyawarah merupakan perkara yang selalu dilakukan terus menerus serta tidak terputus, dan hal itu menjadi bagian dari proses pembentukan dan tarbiyah yang dilakukan."

Ini cara Hasan Al Banna dalam proses tarbiyah yang diajarkan olehnya. Mencapai matlamat iaitu membina manusia jauh lebih penting. Ikhawanul Muslimin hanya sekadar alat untuk menggapai matlamat. Maka, penerapan pada nilai kesamaan kepada hakikat ketuhanan jauh lebih dititikberatkan meski punya ragam yang berbeza.

Kita? Lebih banyak mencari titik selisih dari titik sama. Pertengkaran yang tidak bisa menyatukan.. Lebih memecahbelahkan daripada membina kesatuan.

Banyak yang saya pelajari baru-baru ini. Semuanya apabila kita berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia. Seperti konsep dalam dakwah, kita perlu terjun ke medan amal untuk memahami.

Hakikat yang perlu kita terima, dunia tidak pernah sama dan seragam. Usahlah mencari perpaduan dengan mengharap keseragaman. Itu tidak bisa dicapai. Melihat kepelbagaian adalah satu perkara yang perlu kita hargai.

Maka, kita perlu cuba mempelajari, mengapa pemahaman orang itu sebegitu. kenapa kita pula begini. dan bagaimana pula pandangan kita di mata-mata orang lainnya.

Dunia ini indah! Seindah citra yang diwarna. Dan ia sentiasa indah, ibarat pelangi setelah guruh dan petir mendatangi. Mari berta'aruf dengan dunia, sebagai pemulaan yang indah. Agar kita bisa mencintai.

p/s : Saya juga perlu belajar mencintai. kerana Dakwah dan Cinta, tidak pernah dipisahkan.. Kerana kita berjuang kerana cinta. cinta pada yang Esa.

*Ok, jom bangkit dari tidur! mari menyambung menelaah microb...*



Saturday, January 8, 2011

Jalan menuju hati



"Dakwah itu jalan menuju hati.
Di setiap ada mad’u, hati akan berdetak kencang, seperti genderang menuju medan perang.
Di setiap ada mad’u, darah mengalir dengan lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala.
Di setiap ada mad’u, otak pantas berfikir, bagaimana caranya untuk memeluk mad’u.

Itulah cinta. Cinta ialah bila hati jadi tak senang – bergetar kerana rasa sayang. Bukan atas dasar aku tua dan kau muda, bukan atas dasar aku dulu dan kau kemudian. Hanya atas dasar cinta. Itulah dakwah kasih sayang. Itulah dakwah kita. "



Saya bertemu kata-kata ini, dalam satu blog favourite saya. Beliau sebagai dai'e turut juga menyentuh hati dan bergetak jiwa saya yang sedang mendidik diri untuk turut menjadi dai'e. Fikrahnya jelas. Tidak belayar tanpa arah seperti saya. Tidak terumbang-ambing dengan ombak badai dunia yang cukup menguji iman di dada.

Minggu ini, saya lebih banyak meluangkan masa, kembali mencari jalan tarbiyah. Al-Muntalaq menjadi peneman tidur di sebalik bantal-bantal saya. Hati saya tersentuh, mata saya menangisi. Betapa tarbiyyah itu perlu mengajar saya. membuat diri dekat kepada tuhan.

"Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu."

Dush, kata-kata ini seolah-olah menampar pipi saya.

Murabbi terhebat sepanjang zaman, NABI MUHAMMAD SAW. Baginda keluar bertemu manusia untuk dilawati. Manusia perlu dilawati. Barangsiapa yang menunggu orang ramai datang kepadanya, dia bukanlah dai'e. Dan kita, masih dibelenggu dengan alasan SIBUK, sehingga terabai orang-orang di sekeliling kita.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk berdakwah kepada kaum tertentu.

Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam

Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah:

“Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.”


Apakah dakwah itu menjadi bebanan? Andai tidak, mengapa diri mudah tertekan apabila kita dalam berdakwah?

Maka, di mana nilai kita sebagai dai'e? Mudah mengeluh? Mudah tertekan? mungkin, anda tidak. Tetapi tidak malu saya katakan, saya ya!

Semoga jalan dan usaha kita memudahkan generasi akan datang menyambung usaha kita lagi. Kata-kata terakhir post ini, saya petik dari buku Al Muntalaq, oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

"Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan."

p/s : orang pernah cakap, saya orang yang senang untuk dikenali tetapi sukar untuk dirapati kerana saya tidak mudah berkongsi dan tidak mudah difahami. Mungkin, sebagai Dai'e saya perlu berubah? supaya lebih memegang hati-hati mereka... Ya Allah, jadikanlah aku pencintaMu yang hebat. dan pembantu agamaMu yang ikhlas.

Wahai diri, hambalah! Wahai akal, luruslah! Wahai hati, ikhlaslah! Wahai mata, menangislah!

dan WAHAI IMAN, GETARLAH!


Wahai Al-Quds tercinta...


Seminggu POP sudah pun melabuhkan tirainya..
(kalau di India, stands for Peace fOr Palestine. kalau di UK dan Malaysia, Peace of Palestine)

Harapan biar jelas. Tulus menerangi misi yang satu. Mengamankan dunia. Saya tidak mahu program ini, sekadar hasrat untuk memurnikan dakwah di India. untuk menandingi warga UK, mungkin?

Owh, tidak! Jangan sekali-kali, menjadikan dakwah itu seolah-olah dakwah dalam silibus. Perlu begini dan begitu. Maka, langkah tersekat! Hati kurang ikhlas untuk memberi. Sentiasa saya ingatkan diri, ikhlas niat! Dan begitu juga buat para penggerak di bumi Manipal ini. Gagahilah jiwa-jiwamu, bersatulah dalam mencapai misi yang satu.

"Untukmu jiwa-jiwa kami..

Untukmu darah kami..

Untukmu jiwa dan darah kami..

Wahai Al-Quds tercinta"

Teringat pula kata-kata W.S Rendra, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Cukuplah segala ilmu, teori, asakan soalan yang tidak pasti menguji para penceramah atau benar-benar ingin tahu.. Marilah kita berjuang, melaksanakan segala kata-kata.

Bekas sahabat pidato saya, suka benar berbicara isu kemanusiaan. Dia percaya, isu Palestine-Israel ini bukanlah isu pertembungan agama. Dia seolah-olah pejuang kemanusiaan yang begitu hebat. Dan saya semakin dangkal dan jauh dengan general knowledge, drug dan parasite intoxification mungkin, terus mengangguk tanda benar..

Mungkin, kita perlu tinggalkan seketika isu mengapi-apikan Yahudi-Islam ini. Berpeganglah pada prinsip kebebasan dan keadilan! Maka, sedarlah kita pejuang kebebasan umat dunia.

Wahai rakyat Palestina, bersabarlah. Kami sentiasa berusaha untuk membebaskan mu. Walau mungkin tiada aksi, doa kami buatmu utuh dalam rutin harian kami..

Wahai pejuang di luar sana, saff ini perlukan nyawa kamu. Kita ibarat bujur panah yang siap dilepaskan oleh sesiapapun, yang ikhlas dan yang benar.

Lagi, saya mengangguk tanda benar! rasa give up, suka mengeluh? hati saya tewas dengan rakyat palestin di sana yang gagah melangkah biar cabarannya jauh lebih hebat dari saya.

p/s : saya perlu belajar untuk tidak mudah mengeluh!



Saturday, December 25, 2010

Puisi hati...


"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang yang mengerjakan solat"
[Al-Ma'arif : 19-22]

Hari ini, hati saya tersentuh dengan ayat cinta di atas. Benarlah, perhimpunan hati-hati yang berkumpul kerana Allah, maka fikiran terus menembusi mencari cinta Tuhan yang mungkin saya cicirkan entah di mana2. Itu hikmah di sebalik usrah yang kian menjadi rutin warga manipal kini. (Jangan sekadar menjadikan rutin, sehingga lupa objektif asalnya sendiri)

Terima kasih sahabat seusrah. Semalam, saya sempat ke Mangalore. Sejujurnya, 'last minute' saya membuat keputusan ini. Tujuan asal saya bukanlah untuk shopping seperti akhowat yang lain, bukan juga untuk makan seperti ikhwan yang lain, tetapi saya ingin mencari cinta agung yang kian dirampas akibat cinta pada dunia. Sempat saya bertemu sahabat seperjuangan yang kuat fikrahnya di KTT dulu, untuk membantu membimbing saya ke jalan Nya kembali. Berjam-jam perkongsian rasa di Sizzler's cukup membuatkan hati saya menangis. Bisikan hati merayu andai bisa diberi ruang untuk kembali berubah.



Betapa benar hati ini tersasar dari landasan keimanan yang kian rapuh hari demi hari. Tercalar dek ujian menimpa meski mehnah dan tribulasi pada asalnya untuk menguji iman buat yang bergelar 'abid. Sedar, iman yang senipis cuma benar-benar membuat jiwa terseksa ditambah kalbu diserang amuk rasa bersalah tiada kesudahan. Maka, saya perlu mencari jalan, untuk keluar dari belenggu ini.

Saya rindu di saat saya mula mengenali Islam sepenuhnya. Saya rindu di saat azam mula untuk berhijrah. Saya rindu rasa ingin masuk Islam itu secara keseluruhannya.

Tetapi, kini.. rasa itu kian hambar.. Mungkin diragut dengan cinta yang tidak sepatutnya. Dan kali ini, misi untuk berhijrah kembali kuat mencengkam di jiwa. Konsep 'Zero to Hero' perlu diaplikasikan. Saya perlu bermula dari A-Z kembali.

Insan semuanya akan berubah. Yang tidak berubah, hanyalah Allah. Namun, perubahan itu ke arah kebaikan ataupun sebaliknya. Kekadang wajah sebenar terpendam di sebalik topeng-topeng yang kita pakai. Kata-kata, rupa dan pakaian kerap kali menyelubungi jati diri kita yang sebenar. Namun, Allah maha Bijaksana menguji manusia.

Diuji dengan HARTA, terserlah siapa kita. Dipuji dengan NAMA, terhambur segala yang tersembunyi di dalam jiwa. Didatangi dengan MASALAH, teruji keyakinan pada Sang Pencipta. Benarlah kata orang tua, "semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang bergoyang."

Entah kenapa malam ini, taman itu terasa lapang sekali. Tiada kesibukan, kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al-Quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Mencuba masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar yang cuba dijinakkan dengan cinta kepadaMu. Ya Allah, izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.

Benar kata Mu, "keampunanMu sentiasa mendahului murka-Mu".. Kucecah dahi di hamparan hijau itu. seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Sesah akal ini, Ya Allah. Fikrah sudah letih berlayar tanpa arah.

Cintaku sekelumit cuma, mungkin hampir tiada. Saat ini, aku hanya berbekal harapan. Ku ingat kembali kata-kata kekasihMu, "Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih lagi aku berani untuk meminta. Lalu, di malam ini, ku catatkan gugusan pemintaan. Satu demi satu melalui puisi hati.

Kubiarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu, walaupun malu, aku tetap meminta syurgaMu pendahulu segala kata. Noktah.



p/s : Khas buat sahabat2 usrah yang juga ingin berubah!

Friday, December 24, 2010

Climb...


Hari ini 18 disember!
Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi.
Saya masih setia menghadap buku Microbiology. Mungkin akibat study last minute. Terpaksa bertahan mata tidak tidur malam itu.

Selepas 8 minit, tepat jam 4.38 a.m.
Ring tone muzik piano dari sebuah cerita jepun sayup2 kedengaran.

oh,
One message received!

Klik!

" Salam. Suka cita saya maklumkan adinda saya, Mas Afzal telah kembali ke rahmatullah. Sama2 lah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para Solihin" - Mas Affendi

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Jiwa saya tersentap seketika tatkala membaca mesej itu. Terus saya mengambil wudhuk, membaca surah Yassin buat arwah. Lagi2, jiwa saya sendiri agak kacau malam itu dengan study last minute saya itu. Mencari ketenangan dengan mendidik diri bernafas dalam jiwa hamba...

Bagi pelajar di UK, siapa tidak kenal mujahid sehebat Mas Afzal? Fikrahnya hebat, maka perjuangannya juga hebat! Pelajar Medic, tetapi mampu bergerak jauh. Jauh dari kemampuan pelajar perubatan. (Bagi pelajar medic, jauh lebih saya memahami had langkah2 kami dalam berjuang ini). Kata-kata nya memberangsangkan. Saya tidak kenal arwah secara individu tetapi saya mengenali beliau melalui alam maya. Sebelum saya ke India lagi saya sudah kenal arwah.

Quotenya berbunyi, "Kehadiranku tidak dirasai, pemergianku tidak ditangisi..." Tersentuh bukan?

Beliau sangatlah tabah! Kuat! bermotivasi! Berpemikiran jauh! Satu hal yang tidak mungkin saya nafikan, sukar mencari rijal sekental itu kini.

Tuntasnya, beliau seorang yang hebat!
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin! Amin~

Wednesday, December 8, 2010

Cinta dan cinta...




"Pengorbanan adalah bukti kepada CINTA"

Itu tema yang saya sendiri cetuskan tika sambutan Aidiladha yang lalu bersama seorang teman yang tidak bisa disangkal, teruja jua dengan cinta.

HAMKA pernah berkata, "Manusia menjadi hebat dengan cinta". Apakah kami berusaha menjadi hebat dengan cinta? Namun, cinta menuju ketuhanan ataupun memuja manusia, itu kami sendiri perlu memilihnya.

Aidiladha adalah simbolik kisah cinta paling agung seorang insan, Nabi Ibrahim A.S. Demi cintanya kepada tuhan, anak yang dikasihi, Ismail A.S sanggup disembelih. Dan atas bukti cintanya itu, Allah menggantikan anak itu dengan seekor kibas.

Itu dasar cinta menuju kepada tuhannya. Tidak dapat tidak, lantas saya membedakan cinta yang kita genggami kini. oh.. tidak membawa kepada hakikat ketuhanan, itu yang pasti.. Memuja cinta manusia... Maka, ada perisai yang terlindung untuk ketemu dengan cinta yang hakiki. Sedang, ada cinta untuk menuju syurga, tapi kini kerana cinta, terhumban ke neraka.



Cinta dan kasih sayang itu menuntut pengorbanan.

Lihatlah para nabi dan rasul, rela diseksa, dicaci, dilempari najis, demi cinta kepada tuhannya. Demi cinta kepada umatnya yang tenggelam dalam kesesatan.

Lihatlah cinta seorang Nelson Mandela, rela dipenjara puluhan tahun untuk membebaskan kaumnya dari dasar Apertheid. Lihatlah Mother Theresa, yang mengabdikan dirinya demi anak2 yang dibuang oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab. Dan lihatlah jua pemuda Palestina yang rela diseksa dan dibunuh demi masa depan bangsanya yang dirampas kebebasan.

Di luar sana, banyak yang menderita kesepian, kesulitan ekonomi, kelaparan, bencana alam, kurangnya kasih sayang, perhatian mahupun motivasi.

Jika kita masih punya cinta, berkorbanlah dalam segenap hal yang kita mampu.

Demi menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik.
Demi untuk melahirkan senyum dan bahagia buat orang banyak.
Supaya tiada lagi duka, derita, sengsara di mana-mana. Agar kita bisa bertemu dengan Tuhan dalam jiwa yang damai, hati yang tenteram.. Ya Allah..

Salurkan hidup pada erti memBERI. Walau memBERI dengan sidikit, namun bisa membuahkan senyum buat si penerima. Sehingga lahir rasa bahagia di saat memberi...



Maka, marilah renung-renungkan konsep pengorbanan, dari pelbagai sisi. Jangan hanya sekadar bernokhtahkan kisah penyembelihan Ismail A.S.

Setiap perkara ada sisi lain. Seperti selepas susah adanya senang. Seperti setiap ujian punya hikmahnya. Barangkali, ujian perlu dipandang sebagai tanda kemenangan. Kerana, selepas ujian, ada keimanan. Itu janji Al-Ankabut.

Dan, beginilah tarbiyah mengajarku.... Sabar atas sabar, sabar dalam redha.

Dan renungi seketika simbolik kisah sempena Aidiladha. Ambil ibrah dari kisah tersebut. Demi menjadi 'abid yang penuh rasa cinta kepada penciptanya...
Maka, jadilah anda seorang yang hebat!

"Pengorbanan adalah bukti kepada CINTA. Tiada Cinta tanpa pengorbanan.

Pengorbanan terbesar adalah atas dasar cinta kepada-Nya"


Sebelum terlambat, SALAM MAAL HIJRAH!
Hijrah, Hijrah, dan Hijrah...
Mari menjadi hambanya yang lebih baik dari hari ke hari.
Membentuk iman dalam diri.
Mutabah 'amal hari demi hari.

p/s : dah lama buat sebenarnya. Tapi tak post je sebab masih terfikir topik tentang cinta, cinta dan cinta.. Aih, jauhkan saya dengan cinta, boleh? Biar tenang jiwa, damai hati ini... Ya Allah, jagalah cinta ini biar hanya untuk yang layak ku hadiahkan.

Maaf lah, biar two in one. Maal hijrah dan Aidiladha. Semoga selamat semuanya, dalam redha Nya itu pinta saya..

maaf lah, kepada 'someone', saya berbicara tentang cinta lagi! =p

Saturday, December 4, 2010

Tarian Indah perjuangan...


Seharian saya berusaha menguruskan masa seproduktif yang mungkin. Tidak dapat tidak, kepenatan hadir menjengah..

Lalu, saya nekad untuk meluangkan masa menonton filem di samping melengkapkan Journal yang menimbun. Bukan mudah untuk saya meluangkan masa menonton filem. Dan filem pilihan harus yang membuatkan saya tidak rasa kesal dua jam lamanya di hadapan lap top.

V For Vendetta...

Ia sebuah filem revolusi.
Mesej, jalan cerita dan dialog sejujurnya sedikit sebanyak memberi impak dalam diri dan hidup saya. Dialognya cukup menusuk bisikan sukma bagi yang benar-benar menyelami isi tersiratnya.

Kematian V disambut dengan jutaan manusia turun ke jalanan - tanda solidariti. Mirip2 hadith Ghulam yang impaknya kelihatan setelah syahid.

‘A revolution without dancing is a revolution not worth having.’ (V)

Tuntasnya, saya mencari apa rahsia nya? Tamsilannya mudah; perlu IKHLAS dan matlamat harus JELAS. Itulah tarian indah dalam perjuangan...

‘There's no certainty, only oppurtunity..’

Mungkin, dalam sesetengah keadaan, hasil pemergian kita ialah peluang orang lain untuk berubah.

"STRENGTH through UNITY.

UNITY through FAITH."

[V for Vendetta]

Faith = Percaya = Beriman!

Itulah asas dalam Aqidah ISLAM. Renungi sejenak zaman Rasulullah, kalimah syahadah menjadi ikrar berimannya kepada yang Maha Esa dan percayanya Rasulullah sebagai pesuruhNya.

Atas dasar Faith ataupun kepercayaan itu tadi, terwujudnya Kesatuan ataupun UNITY. Kesatuan ummah atas beriman pada satu tali Aqidah.

Lalu, melalui kesatuan, lahirnya Kekuatan ataupun STRENGTH.

Maka, Kekuatan bisa dicapai bila kita bersatu. Bersatu atas nama Allah itu yang paling gah; dalam meletakkan kembali peradaban Islam di tempatnya.

Invasi Barat melemahkan peradaban Islam. Itu hakikatnya. Maka, mari kita renungi sebentar hakikat revolusi yang kita yakini.

‘That this country needs more than a building right now. And it needs hope.’

[V for Vendetta]


Oh Malaysiaku, YOU NEED HOPE!

“Tidak salah menonton Filem. Jadilah kreatif untuk kaitkan dengan hidup anda sebagai Muslim” – Someone

p/s : terima kasih kepada yang membekalkan filem ini kepada saya. Tak payah susah2 nak download! =)

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates