2

Ramadhan oh Ramadhan...

Posted by ilham_syifa' on 7:15 AM

Biarkan ia sudah suku perjalanan. Sudah pun hampir seminggu membuka tirainya!

Kesempatan baru sahaja menjengah tiba untuk berbicara tentangnya.

Ramadhan!

Hadirnya ia ditunggu buat yang memiliki hati untuk Ilahi.

Mengutip kembali sisa cinta yang berbaki agar diserah kepada yang esa. Mengembara mencari erti hamba dalam diri, untuk memperhambakan diri selayaknya buat si Dia yang agung.

Hadirnya pula tanpa diundang buat nakhoda yang sudah jauh belayar dari tujuan asalnya.

Terasa terseksa terpaksa berlapar dan berdahaga. Tidak memahami kedatangan yang harusnya dinanti buat insan bergelar HAMBA. Tidak sabar menanti syawal mengunjung tiba agar melepasi sebulan terseksa menahan nafsu bergelora.

Ada pula yang menanti agar bahtera yang sudah jauh tersasar kembali kepada destinasinya.

Buat bahteranya yang sudah diambung ombak, tersesat pula di tengah lautan dan terumbang ambing di pulau terpencil, kemudian tersedar bahawa bahtera itu tersilap belayar, maka diusahakan mencari kembali kompas agar ia berlabuh pada tempatnya. Maka, Ramadhan lah menjadi titik pemula untuk belayar kembali dengan peta yang tersedia lengkap. Jiwa juga sudah kental menahan ombak yang melanda.

Entah, tidak pasti diri ini tergolong dalam kelompok yang mana.. Biarlah Allah yang menghakimi diri ini selayaknya.

Itu perihalnya bagi manusia. Sudah sedia maklum iman itu beralun rentaknya. Andai ditafsir oleh pemuzik, mungkin bisa menjadi nota muzik buat mereka. Andai ditafsir pula oleh pakar matematik, graf sin kos itulah hasilnya.

Maka, Hadirlah Ramadhan untuk kembali memperbetulkan alunan yang mencanak naik turunnya. Menyedarkan khilaf diri dan membuka celik mata hati agar sedar diri hanyalah kerdil di bumi Ilahi ini.

Ramadhan, itulah institusi tarbiyah!

Mengajar erti SABAR. Mengenalkan erti TABAH. Mempamerkan apa erti HAMBA.

Menapakkan cinta Ilahi kembali di hati di saat rakusnya iman mengejar duniawi semata. Terlupa untuk meletakkan dunia di telapak kaki agar dipijak, bukan letak di tangan mahupun di hati untuk dijunjung dan dipuja.

Allahu Rabbi, sesungguhnya RamadhanMu ini, hadiah istimewa buat hambaMu. Engkau memberi ruang untuk kami kembali menghadap pintu syurgaMu. Memberi peluang untuk kami kembali mendekati taman firdausi Mu.

Maka, hinalah kami andai tidak terlihat kasih sayangMu buat kami.

Hadirnya Ramadhan, jemaah memenuhi masjid apatah lagi di awalnya..

Segala perlakuan diri dijaga, diulang-ulang pula “Eh, bulan puasa tak boleh buat macam ni dan macam tu”

Mudah sungguh untuk berjaga malam, Qiamualail itu menjadi peneman setia.

Entah di mana silapnya, ramai antara kita hanyalah menjadi HAMBA RAMADHANI.

Amalan itu hilang di saat berlalunya ia. Seolah-olah, memperhambakan diri untuk RAMADHAN semata. Seolah-olah Ramadhan itu sebagai ADAT bukan ALAT untuk mempertingkatkan amalan dan jua iman.

Menjunjung tinggi Ramadhan sebagai ADAT. Maka, berlalulah rasa iman itu di saat berlalunya Ramadhan.

Semoga masjid diamarahkan bukan hanya pada bulan Ramadhan.

Sedangkan hadirnya ia untuk membentuk diri menjadi HAMBA RABBANI. Agar menjadi insan Rabbani.

Ramadhan oh Ramadhan, jadilah penggerak sebagai pemula penghijrahanku.

Entah, aku tidak pasti bisa bertemu mu hingga kau melabuhkan tiraimu.

Entah, aku kurang yakin, aku bisa menemui lagi di musim akan datang.

Semoga kau Ramadhan terbaik buatku. Seluruh jiwa dan raga kuserahkan buatMu Ilahi. Semoga malaikat syurga sabar menanti hadirnya diri ini di sana. InsyaAllah....

Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Kembali dengan mode study!

*Akhirulkalam, sama-sama berzikir *

~Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil'azim~

Hands down! [Ilham Syifa']

2 Comments

salam ukht..
komen pertama di blog bru enti ney..hee..
afwan, bahasa saya bukanlah tinggi spt bhsa ukht, x pandai bermadah..komen ana semuanya guna bahasa biasa saja ya ukht..;)
alhamdulillah, byk pringatan utk dri ni.. jazakillah ukht..

btul kate ukht..ramadhan itu institusi tarbiyah.. reset kite balek.. mcm kreta kne service, btulkn sme balek kn..moge kreta yg keluar dr tmpt servis ramadhan ney tahan shingge mse servis sterusnya..

byk dlm hidup ney yg kite mmg nk sgt ubah, tp x mampu.. seringkali syaitan tarik balik kita ke belakang.. dijadikan indah prbuatan mungkar kita..seringkali ter"tarbiyyah" oleh syaitan pula.. tapi “Bila Ramadhan tiba, pintu-pintu surga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, sementara syaian-syaian diikat.” (HR.Bukhari-Muslim) so, it will be easier for us to take the first plunge, to take the first step of hijrah..xde syaitan nk trik kite.. tula sng je kn klu nk buat benda baik bulan ramadhan ney.. also, the stakes are higher kann..semua org nk kejar sebab “Setiap amal ank Adam,slama Ramadhan,dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat, bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Kecuali puasa, Allah berfirman: Puasa itu untuk-Ku, dan Aku langsung yang akan memberikan pahala untuknya.”(HR. Muslim).“Siapa yang berpuasa Ramadhan dgn kesedaran iman dan penuh
harapan ridha Allah,akan diampuni semua dosadosa
yang lalu.” (HR. Bukhari-Muslim),“Orang yang berpuasa doanya tidak ditolak,terutama menjelang
buka.” (HR. Ibn Majah), dan byk lagi hadith yg mnrgkn zat2 ramadhan..

btul sangat kata ukht, dalam mengejar bribu zat ramadhan tu, ramai pula yg jd hmba ramadhani smata, peringatan sangat utk dri.. biar ramdhan jd starting point, bukanlah point smata kan.. "Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2: 183). puasa itu agar kita bertaqwa.. sweet sgt nampak puasa ney, kn? =) dan sebaik2 pakaian adelah pakaian taqwa(7:26) betapa perlu diri ini menjahit sekuat-kuatnya pakaian takwa agar pada Ramadan mendatang, pakaian itu masih utuh dan tidak tertetas benangnya oleh duri2 jahiliyah.

doakan ana mnjadi hmba rabbani, ukht!

ingtkn nk tules komen ringkas je, hehe.. tp sbb ukht jmput ana jd peng"komen" pertama, tpnjg pule yeh..hehe..jazakillah ukht. byk pringtan..
salam wbt

wsalam wbt..
enti!! wah, enti dah boleh post satu entry blog ni dgn comment di atas! hehe..

COngrats enti, u're the first one i invite u to this new blog, new look, new spirit, but still with the same mission, which is for Islamiyyah our love.. Congrats jugak jadi 1st orang yang komen. hehe

Ukhti, jazakillah! Biar ia jadi peringatan buat kita bersama.. tiba2 nak buat serangkap sajak. spontan ilham je ni taw. sorry tak best! hehe

Duhai sahabat,
biar tidak bisa mata kita bertemu setiap ketika,
biar tidak mungkin ku hulurkan tangan
di saat kau lemah jatuh di bumi Illahi,
cukuplah Allah bagiMu
carilah sumber kekuatan dari yang Maha Kuat.

Biar jauh dipisah dua benua,
mungkin tangan tidak bisa dihulurkan,
dakapan mesra tidak bisa diberikan,
sedarlah kamu,
duhai sahabat,
daku sentiasa di sini.
Setia menanti dengan seribu azimat bicara,
hanya untuk dibelaimu dengan seribu kata-kata,
agar kita tidak jatuh tersungkur,
rebah tiada kasihan,
untuk sama2 melangkah di bumi Ilahi,
mengejar syurga abadi...

[Ilham Syifa']

Post a Comment

Wednesday, August 18, 2010

2 comments:

sarahnabila on August 19, 2010 at 2:57 AM said...

ilham_syifa' on August 19, 2010 at 4:15 AM said...

wsalam wbt..
enti!! wah, enti dah boleh post satu entry blog ni dgn comment di atas! hehe..

COngrats enti, u're the first one i invite u to this new blog, new look, new spirit, but still with the same mission, which is for Islamiyyah our love.. Congrats jugak jadi 1st orang yang komen. hehe

Ukhti, jazakillah! Biar ia jadi peringatan buat kita bersama.. tiba2 nak buat serangkap sajak. spontan ilham je ni taw. sorry tak best! hehe

Duhai sahabat,
biar tidak bisa mata kita bertemu setiap ketika,
biar tidak mungkin ku hulurkan tangan
di saat kau lemah jatuh di bumi Illahi,
cukuplah Allah bagiMu
carilah sumber kekuatan dari yang Maha Kuat.

Biar jauh dipisah dua benua,
mungkin tangan tidak bisa dihulurkan,
dakapan mesra tidak bisa diberikan,
sedarlah kamu,
duhai sahabat,
daku sentiasa di sini.
Setia menanti dengan seribu azimat bicara,
hanya untuk dibelaimu dengan seribu kata-kata,
agar kita tidak jatuh tersungkur,
rebah tiada kasihan,
untuk sama2 melangkah di bumi Ilahi,
mengejar syurga abadi...

[Ilham Syifa']

Post a Comment

Copyright © 2009 ILHAM PENA All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates